Powered By Blogger

Senin, 30 Januari 2012

Minggu, 29 Januari 2012

KEKASIH ABADI

"Andai dunia ini ibarat dipenuhi duri,
maka hati sang pencinta laksana kamar beradu dirimbuni mawar."
[Maulana Rumi]
  "Kamu tidak akan mampu membalas kebaikan Nabimu, walaupun kamu berjalan dengan kedua-dua kelopak matamu." [Al-Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad]
"Tidak dapat diharapkan sampai kepada Allah s.w.t.
bagi orang yang tidak mengikuti Rasululllah sallallahu 'alaihi wasallam."
[Syeikhul Akbar Muhyiddin Ibn 'Arabi Qaddasallahu Sirrahu]

"Semua jalan telah tertutup bagi semua makhluk,
kecuali bagi orang yang mengikuti jejak Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam."
[Al-Imam Al-Junaid Al-Baghdadi]

"Ceriakanlah wajah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
dengan kebaikan amal-amal baik kalian."
[Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi]

"Kunci mengenal-Nya (Subhanahu wa Ta'ala)
ialah mengenalnya (Sallallahu 'alaihi wasallam)."
[Shaykh Muhammad Al-Yaqoubi]
"Cermin dan contoh teladan umat Islam
adalah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam."
[Al-Imam Muhammad Al-Ghazali]

"Guru yang paling bertaqwa adalah
Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.
Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
'Aku dididik oleh Tuhanku dengan sebaik-baik didikan.' "
[Al-Habib Abdullah bin Muhsin Al-Attas]

"Hanya melalui (pandangan) cinta,
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dapat dipandang
(dengan sebenar-benar pandangan)."
[Shaykh Abdul Hakim Murad]
"Cintailah orang-orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehan mereka.
Cintailah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam,
kerana baginda adalah Kekasih Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Cintailah Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala
adalah kecintaan Rasulullah dan orang-orang soleh."
[Al-Imam Asy-Syafi'i]

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :
"Tidaklah sempurna iman dari salah seorang dari kalian
sehinggalah aku lebih ia cintai daripada anaknya,
orang tuanya dan segenap manusia." [Muttafaqun 'Alaih]

Sabda Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi:
"Al-mar-u ma'a man ahabbah."
(Seseorang itu bersama-sama dengan kecintaannya.)
"Sesiapa yang berterusan rasa cinta
kepada Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam,
tidaklah akan pernah merugi di dunia dan akhirat."
[Prof. Dr. Al-Habib Abdullah Bilfaqih]

"Orang yang paling dicintai Allah adalah
orang yang menjadikan Allah mencintai hamba-hamba-Nya,
dan beramal soleh di muka bumi dengan segala ketulusan."
[Sayyidina Hasan Al-Basri r.a.]
"Jika kamu mencari kedekatan dengan Sang Kekasih,
cintailah setiap orang. Dengan hanya memandang kebaikan mereka
baik ketika mereka hadir ataupun tidak.
Jika kamu menginginkan kejernihan dan kesegaran
layaknya hembusan angin di pagi hari,
jadilah seperti matahari yang tidak memiliki apapun
tetapi menyinari dan memberikan kehangatan kepada siapapun."
[Syeikh Abu Said Abil Khair]

Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
"Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia,
maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia."
[Riwayat Ad-Dailami]
"Rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk yang lainnya. Kerana, cinta (kepada makhluk) seperti itu merupakan kecenderungan untuk menguasai dan mendapatkan sang kekasih. Hal ini merupakan ciri-ciri cinta jasmaniah.

Para pencinta Allah s.w.t. adalah orang-orang yang bersungguh-sungguh dalam mendekati-Nya, bukan orang-orang yang menuntut mesti bersama-Nya (yakni, memaksa-Nya - Maha Suci Allah dari kehendak makhluk, Kehendak-Nya sahaja yang terjalani atas semuanya).

Orang yang menuntut itu berdiri sendiri dengan rasa cintanya (dengan sangkaan semata-mata), sementara orang yang bersungguh-sungguh itu turut larut dngan Kekasihnya. Orang-orang yang paling jujur dalam medan cinta adalah mereka yang bersungguh-sungguh meraih cinta yang ditakluki olehnya."

"Hatimu akan merasakan manisnya takdir Tuhan jika engkau mencintai-Nya. Engkau akan mencintai-Nya jika engkau mengenal-Nya. Semakin tinggi pengenalanmu terhadap Tuhan, semakin tinggi pula darjatmu dan semakin terasa agung ketentuan-Nya bagimu. Dia sesungguhnya lebih mencintaimu daripada dirimu sendiri.Kerana itulah dikatakan, orang yang paling mencintai Allah adalah orang yang paling mengenal-Nya."
[Al-Hakim Al-Tirmidzi]
"Cinta adalah kesesuaian hati dengan keinginan Rabb.
Cinta bererti seseorang merasa takut jika ia kurang hormat
dalam melaksanakan sebuah penghambaan."
[Imam Al-Qusyairi]

"Cinta adalah mengabaikan hal-hal sebesar apa pun yang datang dari dirimu,
dan memandang besar hal-hal sekecil apa pun yang datang dari Kekasihmu."
[Syeikh Abu Yazid Al-Bustami]

"Cinta adalah sentiasa berpaling kepada Sang Kekasih
dengan hati yang merasa kerana cinta.
Cinta bererti mengutamakan sang Kekasih di atas semua yang dikasihi.
Cinta bererti bahawa si pencinta menyesuaikan diri dengan keinginan Sang Kekasih,
baik dia hadir di sisi-Nya ataupun berada jauh dari-Nya."
[Imam Al-Qusyairi]
"Hakikat cinta adalah bahawa ia takkan berkurang tatkala seseorang mengalami kesulitan, tidak pula bertambah jika dihadiahkan kebaikan (yakni, inilah kecintaan tanpa syarat kepada-Nya — mencintai-Nya kerana mencintai-Nya). Orang yang mendakwa diri mencintai Tuhan adalah pendusta jika dia mengabaikan batas-batas yang ditetapkan-Nya."
[Yahya bin Mu'adz]

"Mencintai Allah adalah cara yang patut ditempuh seorang hamba Allah berlandaskan keyakinan."
[Al-Imam Ibnu 'Athaillah As-Sakandari]

"Hanya melalui jalan cinta dan iman, seseorang dapat memetik hikmah tertinggi, yang dengan itu seseorang memperoleh pencerahan dan penyaksian luasnya kasih sayang-Nya."
[Syeikh Musliuddin Sa'di Shirazi]

"Pena selancarnya mentinta apa yang ia tahu, tapi apabila tiba pada menyatakan cinta ia patah terbelah kerana tidak mampu.."
[Maulana Jalaluddin Ar-Rumi]
"Sekiranya perihal cinta itu jika ditulis beribu-ribu helai pun, tidak akan mampu menghuraikan cinta; kerana hanya Cinta yang bisa menerangkan cinta.. "
[Maulana Jalaluddin Ar-Rumi]