Selasa, 24 Agustus 2010
Minggu, 15 Agustus 2010
WASPADA ! BUDAYA KHURAFAT
Semakin maju perkembangan zaman dalam berbagai teknologinya namun semakin merosot nilai-nilai akidah disebahagian masyarakatnya. Subhanallah... alangkah tersentuh pilu hati ketika melihat segelintir dari saudara saudara seakidah kita yang masih bergantung dan taksub terhadap berbagai kepercayaan kearah budaya khurafat yang bertentangan dengan hukum syara'.
Kiranya ramai diantara kita yang dapat melihat dengan mata kepala sendiri terhadap masalah ini. Banyak diantara mereka yang taksub akan kebendaan yang kononnya ada kuasa magis. Sehingga seolah-olah dengan benda itu dapat menjadikan mereka berwibawa, pemanis, penunduk, kebal, pelindung diri dan bermacam lainnya. Semoga Allah menghindari kita dari perbuatan keji tersebut.
Permasalahannya ialah adakah benar benda-benda tersebut dapat memberi manfaat kepada sipemakainya? Bagi mereka yang taksub terhadap benda-benda tersebut,ketahuilah bahwasa hanya Allah sajalah yang dapat melindungi hamba-hamba-Nya. Sebab Dia-lah Tuhan semesta alam,Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Bagi sesiapa yang beranggapan bahawa benda-benda tersebut ialah tangkal yang bermanfaat ketahuilah sesungguhnya pasti akan terbukti bahwa itulah yang akan memudharatkan mereka disuatu masa nanti. Sebab haram hukumnya bagi seorang yang beriman memakai tangkal yang mana dapat mengakibatkan perbuatan syirik terhadap apa yang mereka lakukan itu.
Selagi ada kesempatan dan belum terlambat, bagi sesiapa yang menyimpan, yakin dan taksub serta berusaha untuk mencari dan mengkoleksi berbagai jenis tangkal dan ajimat ini maka tinggalkanlah dan bertaubatlah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat dan lagi Maha Penyayang. Dan bagi sesiapa yang melanggar ketentuan hukum-hukum Allah maka ketahuilah sesungguhnya azab-Nya teramat pedih. Dan azab tersebut boleh saja ditimpakan-Nya sedari dunia hinggalah kelak diakhirat sana.
Menyesal kemudian tiada berguna maka jangan tunggu lama-lama. Bagi sesiapa yang terlanjur berbuat dosa maka bertaubatlah dengan segera. Begitu pula bagi mereka yang menyediakan ataupun meminta serta membudayakan khidmat perbomohan, ziarah kemakam-makam kuno, bertapa (semedi), mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan islam, dan perbuatan syirik lainnya segeralah anda kembali kejalan-Nya.
Cukuplah Allah menjadi penolong dan pelindung. Dan dalam menunaikan segala yang dihajatkan maka perbanyaklah berdoa kepadanya seiring dengan usaha, dan jika mengharapkan kemuliaan dan cahaya di jiwa dan raga maka pertingkatkanlah iman dan takwa kepada-Nya. Dan jika semua itu telah dikerjakan bertawakkallah kepada Allah semoga Allah membalas perbuatan baik tersebut dengan balasan yang lebih baik dari apa yang telah anda kerjakan.
Semoga Allah melindungi kita dari berbagai perbuatan khurafat yang membawa kearah kekejian perbuatan serta memberi keampunan bagi sesiapa yang telah terlanjur dalam perbuatan tersebut baik dingaja ataupun tidak dan sentiasa memberikan kesedaran dan kekuatan dalam mempertahankan kemurnian iman dan takwa kepada Allah SWT. Kerana hanya dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

TERAPI AL QUR'AN BERSAMA USTAZ MAULANA
Dalam menjalani kehidupan, aspek kesihatan sangat penting bagi diri kita. Maka beruntunglah orang-orang yang menjaga kesihatan diri mereka. Dan jika berbicara mengenai kesihatan pula, maka kita harus sedar bahawa perlu adanya keseimbangan antara kesihatan jasmaniah dan ruhaniah.
Kesihatan merupakan nikmat terindah dalam hidup ini, maka janganlah seseorang itu menyia-nyiakan nikmat yang dianugerahkan Allah tersebut. Barang siapa yang berusaha untuk memelihara kesihatan mereka, maka ianya merupakan suatu perbuatan baik yang pastinya mereka akan mendapatkan manfaat didalamnya.
Ketahuilah sesungguhnya nikmat yang diperolehi seseorang itu pasti akan dipertanggung jawabkan dikemudian hari. Begitu juga dengan nikmat kesihatan yang kita rasakan. Kerana ianya datang dari Allah maka wajiblah kita mensyukurinya, serta dengan nikmat tersebut kita juga berusaha untuk menjadikannya sebagai modal dalam mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Sebagai insan yang beriman kepada Allah SWT, betapakah besar rasa syukur kita kerana Allah telah menurunkan Al qur'an sebagai pedoman hidup manusia. Segalanya termaktub didalamnya, begitu juga mengenai bidang kesihatan. Sebagai mana firmannya yang bermaksud :
" Dan Kami turunkan dari Al Qur'an itu sesuatu yang menjadi Penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman " QS Al Isra' ayat 82
Bagi mereka yang menjadikan Al qur'an sebahagian dari hidupnya Allah sentiasa menuntun dan memelihara mereka. Dan dalam segala ujian hidup yang dihadapinya pastinya mereka dapat berusaha untuk mempertebal rasa sabar dan tawakkal kepada Allah SWT.
Orang-orang yang menjadikan Al qur'an pedoman dalam kehidupannya, mereka sentiasa memelihara dirinya dari berbagai perbuatan dosa dan maksiat serta meninggalkan berbagai perkara yang tidak bermanfaat. Dan sudah tentu ia pasti mengamalkan cara hidup yang seiring dengan landasan syariat islam. Sesungguhnya mengamalkan cara hidup secara islamic pastinya memperoleh manfaat yang begitu besar, terutamanya dalam bidang pemeliharaan kesihatan jasmaniah dan rohaniah.
Sesungguhnya sihat dan sakit itu merupakan ujian dari Allah kepada hamba-hamba-Nya.Setiap penyakit yang diturunkan Allah sesungguhnya Allah juga menurunkan ubatnya. Dan atas keizinan Allah sajalah seseorang yang sakit itu dapat memperoleh kesembuhan. Dan tiada sesuatu apapun jua yang dapat menyembuhkan penyakit seseorang selain dari Allah.
Siapapun orangnya sesungguhnya mereka tiada yang dapat menyembuhkan penyakit, kerana hanya Allah sajalah dzat yang Maha Menyembuhkan. Dan jika seseorang tersebut sakit, maka mereka juga dianjurkan untuk berubat sebagai suatu ikhtiar. Kerana tanpa adanya ikhtiar dan pengharapan kepada Allah agar mendapat kesembuhan mustahil seseorang itu mendapatkan kesihatan yang sempurna.
Berusahalah dalam mendapatkan kesihatan jasmani dan rohani yang seimbang. Kerana keseimbangan kesihatan jasmani dan rohani yang dimiliki seseorang itu dapat mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan barulah hidup yang dijalani itupun terasa indah dan sempurna.
Maka jadikanlah Al qur'an sebagai pedoman dalam hidup serta pembenteng diri dari berbagai ancaman penyakit. Kerana didalam Al qur'an kita juga telah diperintahkan Allah untuk menjaga kebersihan diri dan hati. Dan bagi mereka yang telah berhasil menjaga kebersihan diri dan hatinya maka selamatlah mereka dari berbagai ancaman penyakit yang dapat memudharatkan.
Sabtu, 31 Juli 2010
SEPERTIGA MALAM
sejuknya malam menusuk kedalam sum-sum
ramai yang terbaring merebahkan lambung keperaduannya
panggilan sepertiga malam hanya dituruti insan terpilih
bangkit tunduk sujud pada sang khalik
banyak insan menginginkan kemuliaan
tetapi malah kehinaan yang didapat
sebab mereka lupa mengabdi dan cinta dunia
padahal hanya dengan dekat dengan-Nya insan akan
KEMBARA HIDUP
Puas insan menempuh perjalanan hidup, mencari rahsia dibalik segala yang ditakdirkan sang pencipta. Bukan semua yang nampak arah tujuan yang sebenarnya, tetapi yang kebanyakannya jelas dapat dilihat dengan mata kepala insan-insan yang hanyut terpedaya oleh pancaroba. Betapa menyedihkan ketika indahnya kehidupan yang telah dianugerahkan Tuhan harus ternodai oleh beragam noda dan dosa. Bukannya tak sedar akan kesilapannya itu, akan tetapi seolah-olah tidak berdaya menghindar jauh darinya. Mengapa tidak berdaya...? mungkin jawabnya mereka tidak istiqamah dalam usaha perjuangan mendidik dan memelihara hawa nafsunya.
Jika bisikan dunia diturut pastilah akan timbul sesalan.Menuruti bisikan dunia ini membuatkan diri lupa mengabdi kepada sang pencipta.Maka butalah hati dari melihat kebenaran.Butanya hati jika lambat laun dibiarkan ianya akan menyebebkan matilah hati. Dan jika hati itu telah mati .... itulah penyebeb utama mengapa insan manusia tidak merasa takut, segan dan malu ketika mereka melakukan perbuatan dosa.
Betapa besar rasa kasih dan sayang-Nya kepada setiap hamba-hamba-Nya,Setiap diri ini lalai,silap dan berdosa maka dibukakan-Nya pintu kempunan seluas-luasnya. Namun alangkah buruknya sifat hamba-hamba yang tatkala melakukan perbuatan dosa dan tercela itu merasa sombong dan angkuh tak mahu mengakui kesalahannya itu,lantas ia tidak mahu bertaubat.Ia merasa besar kepala seola-olah segalanya ada pada dirinya. Dia itu lupa yang disengaja,sebab tidakkah mereka memikirkan bagaimanakah keadaannya disuatu masa nanti disaat nyawa berada ditenggorokan...??? Maka disaat itu segalanya tiada lagi berguna.
Bukankah kita harus ingat yang hidup itu pasti akan menempuh mati,dan apakah yang akan dijadikan persembahan ketika insan menghadap tuhannya,maka bekal menuju akhirat itu hanyalah amal ibadah yang ikhlas semata-mata hanya untuk ALLAH.

Senin, 26 Juli 2010
HAMBA MULIA
Sudah menjadi suratan diri yang tak pernah terlepas dari ranjau godaan dunia berbelenggu dosa, membuat terlena dalam tipu daya dan akhirnya, hina penuh noda dan dosa.Terkadang hati turut berbisik... "tuluskah diri sujud pada-Nya" sebab jika benar mengapa masih saja tak dapat menahan diri menghindar sejauh-jauhnya dari berbagai rayuan dosa.
Benar !!! manusia dijadikan-Nya makhluk yang paling sempurna seisi alam bahkan bagi mereka yang taat setia,bertaqwa dengan ikhlas kepada Tuhannya maka mereka lebih mulia dari malaikat-malaikat yang sentiasa sujud, patuh dan taat terhadap perintah Tuhannya. Maka hamba yang mulia itu adalah mereka yang selalu berjuang untuk mendekatkan dirinya kepada Allah, berkorban dengan jiwa dan raganya di jalan Allah dan dengan keimanan dan ketaqwaan yang dimilikinya itu ia dapat memelihara jiwa dan raganya dari sebarang sifat dan perbuatan yang mazmumah (tercela).
Langganan:
Postingan (Atom)