Powered By Blogger

Jumat, 03 September 2010

ilmuan1

 Adi Setia - Sains Islam Membangun Harga Diri Muslim

Sains Islam sering disalah-ertikan. Kerap Sains Islam terwajah pada nama-nama universiti Islam yang dibangunkan, tapi kandungannya kosong dari makna Sains Islam yang dimaksudkan dari kacamata pelopornya. Meskipun antara Seyyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas masing-masing ada perbezaan perspektif tentang Sains Islam, tapi keduanya sepakat bahawa memang terdapat kelemahan dalam perspektif Sains Barat. Dalam wawancara ini, Prof Madya Dr. Adi Setia Mohamad Dom merupakan antara produk dari ISTAC, institusi yang kerap disinonimkan dengan al-Attas tersebut. Kini beliau merupakan akademia di UIA, dan juga penyelidik bersekutu di INSPEM, UPM. Tesis PhD beliau sendiri sangat menarik, The Physical Theory of Fahkr al-Din al-Razi. Justeru, wawancara ini cuba untuk meninjau pandangannya tentang Sains Islam.
Dari sudut bahasa, apa bezanya sains, ilmu, al-’ilm, knowledge, science, dan Scientia?
Secara ringkas, semua perkataan itu bererti ilmu pengetahuan dan ilmu kepakaran secara umum, cumanya hanya pada zaman moden istilah “sains” dibataskan kepada sains tajribi semata-mata.
Apakah terjemahan yang tepat untuk “Islamization of knowledge” yang dianjurkan oleh Ismail Faruqi?
Gagasan asal “Islamization of knowledge” (pengislaman ilmu) dihuraikan secara tersusunatur oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, bukan oleh Ismail al-Faruqi. Lebih baik kita mengikut gagasan al-Attas. Semua huraian saya tentang sains Islam dan pengislaman sains bertitik-tolak daripada al-Attas, bukannya al-Faruqi. Kelebihan pendekatan al-Attas amat jelas berbanding dengan pendekatan al-Faruqi yang kurang matang dan kabur. Lagipun, bagi kita di Nusantara, al-Attas lebih berkaitan ekoran banyaknya contoh-contoh diambil daripada latar sejarah budaya dan ilmu ulama Melayu-Islam.
Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu?
Sebagai satu proses, pengislaman ilmu sudah bermula sejak munculnya agama Islam, tapi hanya pada zaman ini kita bagi istilah khusus bagi proses itu, iaitu “Pengislaman Ilmu,” demi kerana kita perlu harungi cabaran ilmiah yang mengasak hebat dari barat.
Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau Sains Islam ini?
Kedua-dua, Nasr dan Al-Attas adalah pelopor utama proses pengislaman ilmu menurut pendekatan falsafah. Tapi al-Attas lah yang berikan takrif khusus bagi istilah “pengislaman ilmu” dalam bukunya Islam & Secularism dan bukunya The Concept of Education in Islam. Adapun “Sains Islam,” maka dari segi perlaksanaannya, itu bererti “mengamal-laksanakan nilai ‘aqli dan akhlaqi Islam dalam kerja-kerja penyelidikan sains dan teknologi.” Itu sudah saya hurai dalam makalah “Mengamal-laksanakan gagasan pengislaman sains al-Attas” yang dibentangkan di UNISSULA, Indonesia tahun lepas, dan juga dalam makalah baru saya mengenai rencana penyelidikan matematik huluan.
Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan sains dan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan ‘Bucaillisme’ yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal Islam. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur’an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan Sains Barat di sebalek kemalasan/kelambatan umat Islam untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?
Kita perlu lebih teliti dalam buat label ‘Bucaillisme’, apatah lagi bila takrif tak dibuat dulu. Lagipun, Maurice Bucaille sendiri buat penyelidikan amat mendalam sebelum menerbitkan buku-bukunya. Contohnya, dia berpenat lelah belajar bahasa Arab meskipun dah berumur 50 tahun lebih. Jelas dia tak “malas” seperti sesetengah orang yang cuma tumpang sekaki kajian beliau tanpa buat kajian sendiri. Jelas, dalam al-Qur’an ada kenyataan-kenyataan bersifat empiris/inderawi tentang alam tabii yang cuma dapat diteliti dengan lebih halus hari ini dengan alat pencerapan moden, jadi tak salah kalau Bucaille nak tarik perhatian ke situ. Yang salah kalau orang lain syok sendiri berhenti kat situ sahaja tanpa teruskan usaha beliau demi merencanakan penyelidikan seterusnya dengan berilhamkan kenyataan-kenyataan Qur’ani yang bersifat empiris itu. Adapun Harun Yahya, beliau berusaha runtuhkan faham kebendaan yang mendasari sains moden dengan manfaatkan petunjuk wahyu dan penemuan sains empiris secara kritis, dan dalam banyak hal beliau berjaya, khasnya melalui bukunya “Penipuan Evolusi”. Jadi mereka berdua bukan kebucaillan dalam ertikata negatif. Adapun sebahagian yang lain, maka mereka memang cuma berseronok dengan kerja orang lain, tapi diri sendiri tak buat kerja penyelidikan apa-apa, cuma kerja padan-memadan ikut dan tanpa kritis. Yang golongan ini memang ramai, dan mereka-lah bersifat kebucaillan dalam erti negatif, dan ramai mereka bergelar “profesor.” Tapi istilah “kebucaillan” itu sendiri dah tak adil, pasal Maurice Bucaille sendiri tak macam itu, jadi elok pakai istilah lain, seperti “sains kepakturutan”.
Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? Dan ternyata, Islam menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang/menikmati kelebihan sains dari Barat, di mana Sains Islam tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?
Sebenarnya orang barat sendiri dah kecewa dengan teknologi barat, seperti Ivan Illich, Theodore Roszak, Jerry Mander, Wolfgang Sachs dan E. F. Schumacher, dan mereka sedang mencari teknologi pilihan lain yang lebih mesra-insan dan mesra-alam. Sedangkan tamadun Islam dah lama membina teknologi mesra-insan dan mesra-alam yang dah mampu bertahan selama seribu tahun lebih, tapi kini dilupai disebabkan kepakturutan kita terhadap teknologi barat yang kini disangsi pula oleh orang barat sendiri. Jika kita membuat kerja berdayacipta membina Rencana Penyelidikan Teknologi Islam secara tersusunatur, nanti barat yang ekori kita bukan sebaliknya, jadi kita kena tepuk dada tanya selera.
Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat sains yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya Sains Lao-Tze, Sains Budhha, Sains Hindu, atau Sains Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan sains mereka yang hebat pada hari ini sebagai Sains Kristian. Tapi, Islam atau muslim umpamanya, begitu ‘istimewa’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk melekatkan sains dengan agama. Jadi, mengapa sains perlu disandarkan kepada Islam, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain?
E. F. Scumacher sendiri pernah guna istilah “Ekonomi Buddha” (Buddhist Economics). Malah istilah “Sains Islam” (Islamic Science) dah jadi istilah rasmi yang digunakan oleh orientalis barat untuk merujuk kepada sains yang dibangunkan dalam tamadun Islam. Jadi siapa sebenarnya yang “liat”? Orang Islamkah yang lupa jati-diri, atau orientalis? Lagipun, sains juga perbuatan insan dan segala perbuatan insan, termasuk perbuatan sains, dikawal oleh hukum agama dalam Islam yang sepadukan semua aspek hidup duniawi ke dalam kerangka sistem nilai agama tanpa kecuali. Dalam agama lain hal ini tak begitu ketara. Tapi kini di barat pun dah timbul gerakan sains Kristian yang menolak teori evolusi dengan mengemukakan teori keciptaan yang diilhami kitab Bible mereka. Tak salah kalau kita kerjasama dengan mereka, sama-sama runtuhkan faham sekular yang dasari sains moden kini. Jadi menurut analisa ini, maka memang ada Sains Islam, Sains Kristian, Sains Sekular, dan sebagainya.
Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1? dalam Islam dengan nombor “1? dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?
Bagi mereka yang tak mendalami ilmu botani, kalau masuk hutan semua pokok sama sahaja, tak kira di barat atau timur, sama-sama hijau belaka. Tapi bagi mereka yang dalami macam kaum orang asli, setiap ekar tanah hutan mengandungi beratus spesies pokok yang berlainan, ada yang jadi ubat, racun, sumber makanan dan sebagainya. Jadi bagi mereka yang kenal ilmu matematik, tulisan nombor satu (1) mungkin seakan-akan sama, tapi faham kesatuan “satu” itu berbeza-beza di kalangan pelbagai budaya, malah dari sudut pandang bidang berlainan sekali pun. Contohnya, konsep “satu” dalam teologi sudah lain daripada konsep “satu” dalam teori angka (number theory), dan begitu-lah seterusnya. Jadi usah pukul borong semata-mata dari jauh tanpa teliti. Paul Feyerabend pun akui sains barat tak semesti baik 100%, malah mungkin ada juga sains lain yang jauh lebih baik daripada sains barat. Jadi semua sains tak sama, ada yang jadi ubat, ada yang jadi racun pembunuh macam sains barat moden ini.
Definisi sains yang dikemukakan oleh Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?
Takrif sains yang lebih umum ialah “penyelidikan tersusunatur terhadap alam semesta” tak kira apa kaedah yang dipakai, yang penting kaedah yang sesuai dengan bidangnya dan yang mampu pecahkan permasalahan yang ditangani dalam bidang itu. Contohnya, akupuntur (acupunture) tak rasional, tak mantik menurut kerangka kebendaan sistem perubatan barat, tapi amat rasional dan mantik menurut kerangka Ying/Yang metafizik Tao. Namun begitu, akupuntur dah jadi kaedah arus perdana di barat, pasal ia mampu pecahkan permasalahan perubatan tertentu yang gagal dipecahkan menurut kaedah barat. Jadi, kita sebenarnya kena buka mata dan lihat lebih jauh dalam dalam lagi, bukan cuma terperap dalam tempurung sains barat seolah-olah tiada cara lain untuk buat sains.
Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?
Mula-mula kita kena tanya “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada umat Islam, dan apakah yang boleh disumbangkan oleh umat Islam hari ini kepada menghidupkan kembali sains Islam”? Soalan ini sampai bila tak akan terjawab kalau kita kekal jahil terhadap sejarah dan falsafah sains Islam kita sendiri. Jadi lebih baik kita sama-sama teliti www.muslimheritage.com dan www.muslimphilosophy.com. Lepas itu akan terjawab dengan sendirinya soalan “apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya?” Pendek kata orang jahil jati-diri tak mungkin sumbang apa-apa pun, sama ada kepada dirinya atau kepada orang lain.
Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?
Ruginya kita kekal jahil jati-diri, kekal jadi pak-turut macam robot, kekal jadi pengguna/pelanggan/pembeli lesu bukan pencipta/pembuat/penjual giat, dan kekal tak tahu menahu langsung bahawa di sana ada sains yang jauh lebih baik bagi insan dan alam.
Akhir sekali, apa halangan yang maseh wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?
Halangan terbesar ialah ramai pelopor sains Islam dah tak ceburi bidang itu lagi, buat sekerat lepas itu berhenti, pasal sibuk dengan Islam hadhari atau kajian runcitan masing-masing demi naik pangkat cepat dapat geran lumayan. Jadi harapan seterusnya ialah mendirikan Rencana Penyelidikan Sains Islam secara menyeluruh dalam setiap bidang sains yang penting seperti matematik, fizik, biologi, kimia, ekologi, ekonomi dan sebagainya, serta menarik angkatan muda pula untuk jayakan semua rencana penyelidikan itu, serta lebarkan jaringan penggiat sains Islam kita ke Indonesia, Singapura, India, England dan Kanada, yang saya sedang lakukan kini. Perkara ini dah saya huraikan sedikit-sebanyak dalam makalah “Three Meanings of Islamic Science: Toward Operationalizing Islamization of Science,” dalam jurnal Islam & Science (Kanada 2007), dan juga dalam makalah saya dalam Buletin INSPEM, “Rencana Penyelidikan Matematik Huluan.”


Arip Kasmo: Sains Islam Bermasalah!

December 13th, 2008 • Aqil FithriWawancara • 625 views
§ 3 Comments
Terdapat beberapa hujah yang menolak gagasan Sains Islam. Antaranya, tidak ada yang salah dalam kaedah memperoleh ilmu seperti yang di amalkan di barat, dan di dunia dewasa ini. Malah, kaedah untuk memperoleh ilmu tersebut adalah bermuasal dari Islam, sebelum dimajukan (lagi) oleh Barat. Justeru, menurut Prof. Madya Dr. Mohd Arip Kasmo, dari Pusat Pengajian Umum, UKM, sebenarnya gagasan Sains Islam itu adalah tidak tepat, dan menerusi wawancara ini jelas beliau sangat tidak selesa dengan gagasan tersebut. Elok sekali jika kita menelusuri saingan wacana terhadap Sains Islam ini.
Dari sudut bahasa, apa bezanya sains, ilmu, al-’ilm, knowledge, science, dan Scientia? Apakah terjemahan yang tepat untuk “Islamization of knowledge” yang dianjurkan oleh Ismail Faruqi?
Pastinya dari sudut bahasa ia berbeza dan terdapat kepelbagaian maksud. Sains berasal dari  perkataan Latin, Scientia (yang juga didefinisikan secara pelbagai) umpamanya ada yang  mengatakan ianya adalah gabungan pelbagai jenis ilmu (yang ini seiring dengan al-Ulum). Cuma, apa yang difahami oleh orang awam ialah sains sebagai ilmu-ilmu fizik, biologi, kimia, geologi, dll yang seumpamanya. Sebab itu muncul dikotomi ilmu dalam Islam. Ulama itu hanya orang yang belajar agama sahaja sedangkan kitab-kitab Arab juga menamakan Einstein sebagai ulama, Newton juga seorang ulama (singular alim).
Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu? Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau Sains Islam ini?
Yang saya maklum, gagasan Pengislaman Ilmu ini dipelopori Ismail al-Faruqi. Tulisan-tulisannya banyak membahaskan pengislaman Ilmu. Di Malaysia, pemikiran Ismail al-Faruqi dipanjangkan oleh IIIT Malaysia. Gagasan Pengislaman Ilmu juga dilakukan oleh Syed Naquib al-Attas. Manakala tentang Seyyed Hossein Nasr, saya kurang maklum.
Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan sains dan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan ‘Bucaillisme’ yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal Islam. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur’an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan Sains Barat di sebalek kemalasan/kelambatan umat Islam untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?
Islamisasi Sains ini bukan memadankan Sains dengan al-Quran. Islamisasi sains /ilmu ini bagi pendapat saya adalah usaha untuk mencari satu kaedah Islam untuk memajukan sains. Kaedah Saintifik (Scientific Method) itu adalah hasil daripada minda Islam, bukannya dari minda Bacon. Jabir Ibn Hayyan al-Kufi, Ibn al-Hazen yang hidup pada kuruk ke-8 itu adalah pelopor Kaedah Saintifik, bukan Bacon yang lahir pada kurun ke-15. Jadi, mengapa pula kita mengatakan sains yang ada ini Sains Barat. Saya cukup tak setuju dengan pendekatan ini! Apa yang berbeza waktu ini, banyak penemuan-penemuan berkembang di barat. Ini kerana mereka (barat) amat giat membuat penyelidikan!
Satu lagi perkara yang saya amat tidak bersetuju ialah pandangan bahawa kita memadankan sains dengan al-Quran. Sardar yang mengungkapkan perkataan Bucaillisme ini barangkali tidak membaca karya-karya ulama seperti Syed Qutb dalam kitabnya berjudul Tasawur Fanna fil Quran. Dalam kitab tersebut jelas membahaskan tentang sains dan al-Quran. Sardar juga barangkali tidak membaca kitab Allah Jalal Jaluhu yang dinukil oleh al-Marhum Sa’id Hawwa, yang di dalam kitab tersebut turut jelas membuktikan kebenaran al-Quran menerusi sains.
Satu lagi yang penting ialah dalam Surah al-Anbia ayat 30, Allah berfirman yang maksudnya “Kami akan tunjukkan tanda-tanda Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran adalah benar.”
Apa dia maksud ayat-ayat Kami pada ufuk-ufuk dan pada diri sendiri? Ini adalah merujuk kepada alam ini. Alam ini perlu dikaji (atau dibaca, atau difahami… kerana membaca itu diiringi dengan memahami). Bagaimana kita memahami alam, tidak lain dan tidak bukan melalui kajian. Ala mini sudah tentu takkan dapat difahami sekiranya alam ini hanya dijadikan bahan untuk bersajak, seperti mithanlnya, “Alangkah indahnya alam ini, gunung-gunung berbalam-balam, burung-burung nan bertebangan.” Mengkaji alam itu ada kaedahnya dan sekiranya alam ini dikaji dengan kaedah-kaedah yang sistematik, maka ia adalah sains.
Tak kiralah sains itu hasil kajian orang Islam atau bukan Islam (kerana Allah s.w.t. bercakap kepada manusia secara umumnya). Jadi, kalau orang Barat menemui teori dentuman besar (big-bang theory), dan selepas mereka mengkaji teori tersebut kemudiannya mereka membaca pula al-Quran, bukankan nantinya mereka akan kata, “lihat, bukankah benar apa yang diungkapkan oleh al-Quran,” atau, “How could Quran talk about this?”
Ramai ahli sains Barat yang masuk Islam kerana penemuannya seperti Maurice Bucaille sendiri, Professor Milan (dari Republik Czech), Professor Tjitat Tjison dari Chiang Mai, Omar Sallahuddin yang pernah mengajar di Pusat Pengajian Umum (UKM), Professor Omar Schroeder dari German dan ramai lagi.
Justeru itu, saya berpendapat kita perlu menghentikan penggunaan perkataan “Bucaillisme”. Secara tidak sedar kita sebenarnya telah menghina al-Quran, dan sekaligus menghina ulama-ulama kita.
Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? Dan ternyata, Islam menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang/menikmati kelebihan sains dari Barat, di mana Sains Islam tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?
Saudara belajar sains dari sekolah menengah sampai universiti. Sementara saya belajar sains dari sekolah menengah sampai universiti. Apakah ada sesuatu yang menyebabkan anda mengatakan sains yang dipelajari itu tidak Islam atau kafir? Saya belajar tentang fotosintesis, respirasi, meiosis, mitosis, termodinamik, graviti, dll. cuba tunjukkan kepada saya mana yang bercanggah dengan Islam? Sekali lagi, saya harus tekankan mengapa kita terus menerus mengatakannya adalah sains barat sedangkannya adalah berasal dari tradisi Islam? Apakah Biology itu sains Barat, apakah Physics itu sains Barat, apakah Geometry itu sains Barat, apakah Trigonometry itu sains Barat, apakah Numeric System yang kita gunakan itu adalah nombor Barat? Sebenarnya tidak. Jadi, adalah lebih baik kita sebut itu sebagai “Sains” sahaja.
Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat sains yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya Sains Lao-Tze, Sains Budhha, Sains Hindu, atau Sains Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan sains mereka yang hebat pada hari ini sebagai Sains Kristian. Tapi, Islam atau muslim umpamanya, begitu ‘istimewa’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk melekatkan sains dengan agama. Jadi, mengapa sains perlu disandarkan kepada Islam, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain?
Perlu diingat bahawa agama dan kepercayaan yang disebutkan tersebut bukan bersifat syumul atau komprehensif. Kebanyakan menjurus kepada aspek kerohanian sahaja. Oleh sebab itu bagi mereka yang prihatin mereka melihat sains juga seharusnya ada pada Islam dan mempunyai ciri-ciri tertentu yang melayakkannya digelar sebagai sains Islam. Tetapi tidak ramai yang prihatin dan mereka terdiri dari sarjana falsafah. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Ismail al-Faruqi yang mempelopori Islamisasi Ilmu adalah ahli falsafah, bukannya saintis.
Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1? dalam Islam dengan nombor “1? dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?
Yang menjadikannya penuh dengan value (nilai) atau tidak, ialah faktor manusia itu sendiri. Lihat sahaja nombor ini, 4578 sekiranya nombor ini dijadikan nombor ekor maka nilainya ialah nilai perjudian dan sekiranya ia dijadikan nombor angka giliran peperiksaan, maka nilai telah menjadi satu ibadah.
Definisi sains barat yang dikemukakan oleh Shaharir Mohamad Zain dalam “Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains” ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?
Saya sedang belajar, dan akan terus belajar. Cuma, saya ingin menegaskan bahawa apakah sains sekarang tidak berasaskan kepada metafizik? Bukankah ahli sains berpendapat bahawa:
(1) Alam ini dikawal oleh hukum dan hukum-hukum inilah yang menyebabkan alam ini berfungsi dengan sistematik. Bukankah kenyataan ini kenyataan metafizik? Sebenarnya dakwaan bahawa alam ini dikawal oleh hukum adalah dakwaan metafizik.
(2) Hukum alam ini bersifat rasional dan boleh dikaji.
Justeru itu, kita perlu terima hakikat bahwa ada perkara yang bersifat metafizik (yang bukan fizikal!) yang mana tidak perlu kita rasionalkan dan memang tidak boleh dirasionalkan. Apakah kita boleh rasionalkan bahawa manusia ini akan dibangkitkan kembali oleh Allah dan disusun semula tulang-tulang manusia dengan sempurna? Apakah kita mahu merasionalkan Israk wa Mikraj yang sememangnya tidak bersifat rasional?
Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya? Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?
Seperti yang saya tekankan sebelumnya, saya tidak selesa dengan istilah Sains Islam. Ini kerana, apa salahnya kita gunakan kaedah yang ada sekarang. Penakulan Induktif dan juga Falsification (pemalsuan). Kedua-duanya adalah wahana untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mengembangkan ilmu. Yang penting ialah untuk mendidik manusia ke arah menjadi manusia yang bertakwa dan juga sekaligus ahli sains yang bertaqwa.
Akhir sekali, apa halangan yang maseh wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?
Sekali lagi saya tidak begitu setuju dengan Pengislaman Ilmu/Sains Islam/Islamisasi Sains ini. Apakah ilmu ini bukan Ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t.? Saya rasa sudah tiba waktunya kita perlu menutup bab “Pengislaman Ilmu” ini. Sebaleknya, apa yang perlu kita lakukan ialah terus melakukan penyelidikan seperti yang diperintahkan oleh Allah s,w,t. dalam ratusan ayat al-Quran. Barangkali ada yang tidak selesa dengan sikap saya ini. Tapi sememangnya kita boleh saja untuk tidak bersetuju.

Pemikiran Pendidikan Menurut S.M. Naquib al-Attas

Oleh: Ust. Yayat Hidayat. S.PdI.

A. Latar Belakang Masalah
Pendidikan merupakan bagian vital dalam kehidupan manusia. Pendidikan (terutama Islam) – dengan berbagai coraknya- berorientasi memberikan bekal kepada manusia (peserta didik) untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Oleh karena itu, semestinya pendidikan (Islam) selalu diperbaharui konsep dan aktualisasinya dalam rangka merespon perkembangan zaman yang selalu dinamis dan temporal, agar peserta didik dalam pendidikan Islam tidak hanya berorientasi pada kebahagiaan hidup setelah mati (eskatologis); tetapi kebahagiaan hidup di dunia juga bisa diraih.
Dalam kenyataannya, di kalangan dunia Islam telah muncul berbagai isu mengenai krisis pendidikan dan problem lain yang amat mendesak untuk dipecahkan (Syed Sajjad Husein & Syed Ali Ashraf, 1986). Lebih dari itu, Isma’il Raji Al-Faruqi (1988: vii) mensinyalir bahwa didapati krisis yang terburuk dalam hal pendidikan di kalangan dunia Islam. Inilah yang menuntut agar selalu dilakukan pembaharuan (modernisasi) dalam hal pendidikan dan segala hal yang terkait dengan kehidupan umat Islam.
Pada persoalan kurikulum keilmuan misalnya, selama ini pendidikan Islam masih sering hanya dimaknai secara parsial dan tidak integral (mencakup berbagai aspek kehidupan), sehingga peran pendidikan Islam di era global sering dipertanyakan. Masih terdapat pemahaman dikotomis keilmuan dalam pendidikan Islam. Pendidikan Islam sering hanya difahami sebagai pemindahan pengetahuan (knowledge) dan nilai-nilai (values) ajaran Islam yang tertuang dalam teks-teks agama, sedangkan ilmu-ilmu sosial (social sciences guestiswissenchaften) dan ilmu-ilmu alam (nature sciences/ naturwissenchaften) dianggap pengetahuan yang umum (sekular). Padahal Islam tidak pernah mendikotomikan (memisahkan dengan tanpa saling terkait) antara ilmu-ilmu agama dan umum. Semua ilmu dalam Islam dianggap penting asalkan berguna bagi kemaslahatan umat manusia.
Bertolak dari problematika tersebut di atas, di Islam pun dikenal dua sistem pendidikan yang berbeda proses dan tujuannya. Pertama, sistem pendidikan tradisional yang hanya sebatas mengajarkan pengetahuan klasik dan kurang peduli terhadap peradaban teknologi modern; ini sering diwarnai oleh corak pemikiran Timur Tengah. Kedua, sistem pendidikan modern yang diimpor dari Barat yang kurang mempedulikan keilmuan Islam klasik. Bentuk ekstrim dari sistem yang kedua ini berupa universitas modern yang sepenuhnya sekular dan karena itu pendekatannya bersifat non-agamis. Para alumninya sering tidak menyadari warisan ilmu klasik dari tradisi mereka sendiri (M. Shofan, 2004: 109).
Menurut Al-Attas (1984) percabangan sistem pendidikan tersebut di atas (tradisional-modern) telah membuat lambang kejatuhan umat Islam. Jika hal itu tidak ditanggulangi maka akan mendangkalkan dan menggagalkan perjuangan umat Islam dalam rangka menjalankan amanah yang telah diberikan Allah SWT. Allah telah menjadikan umat manusia di samping sebagai hamba-Nya juga sebagai khalifah di muka bumi, sehingga peranannya disamping mengabdikan diri kepada Allah juga harus bisa mewarnai dunia empiris.
Dikotomi keilmuan dalam pendidikan Islam; antara ilmu agama (Islam) dan ilmu umum (Barat) telah menimbulkan persaingan di antara keduanya, yang saat ini –dalam hal peradaban- dimenangkan oleh Barat, sehingga pengaruh pendidikan Barat terus mengalir deras, dan ini membuat identitas umat Islam mengalami krisis dan tidak berdaya. Dalam kajian AM. Saefuddin (1991: 97), ketidakberdayaan umat Islam dalam menghadapi pengaruh Barat itu membuatnya bersifat taqiyah; artinya, kaum Muslimin lebih menyembunyikan identitas keislamannya, karena rasa takut dan malu. Sikap seperti ini banyak melanda umat Islam di segala tingkatan; baik di infrastruktur maupun suprastruktur; level daerah maupun nasional.
Menurut (Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 1981: 169 ), pemecahan problematika pendidikan Islam seperti tersebut di atas menjadi tugas umat yang terberat di abad XV H./ XXI M.; sebab keadaan umat Islam jika ingin kembali bangkit memegang andil dalam sejarah sebagaimana di masa kejayaannya, amat ditentukan oleh sejauh mana kemampuannya dalam mengatasi problematika pendidikan yang sedang dialaminya. Senada dengan itu Machnun Husein (1983: ix) menulis, bahwa persoalan yang paling berat yang dihadapai dunia Islam pada masa kini adalah persoalan pendidikan. Masa depan dunia Islam amat bergantung kepada bagaimana ia menghadapi tantangan tersebut.
Dari pemaparan di atas, dapat dirasakan bahwa selama ini ada sesuatu yang kurang beres dalam dunia pendidikan Islam dari segi konsep (kurikulum, proses, tujuan) dan aktualisasinya. Oleh karena itu perlu adanya rekonseptualisasi, reformulasi, reformasi, rekonstruksi, atau penataan kembali di dalamnya (Ilmiyati, 1997: 2). Hal ini amat perlu dilakukan, dan sebenarnya ini sudah disadari dan diupayakan oleh para pemikir Muslim, terbukti dengan diadakannya beberapa kali konferensi mengenai pendidikan Islam tingkat internasional.
Konferensi internasional mengenai pendidikan Islam diselenggarakan sebanyak enam (6) kali di beberapa negara yang berpenduduk mayoritas Muslim, yakni di Makkah (1977), Islamabad (1980), Dakka (1981), Jakarta (1982), Kairo (1982), dan Amman (1990) (Daud, 2003: 399). Dalam konferensi tersebut, dibahas berbagai persoalan mendasar tentang problem yang dialami pendidikan Islam; juga mencari rumusan yang tepat untuk mengatasinya.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, termasuk salah satu pemikir dan pembaharu pendidikan Islam dengan ide-ide segarnya. Al-Attas tidak hanya sebagai intelektual yang concern kepada pendidikan dan persoalan umum umat Islam, tetapi juga pakar dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan. Ia juga dianggap sebagai tokoh penggagas Islamisasi ilmu pengetahuan yang mempengaruhi banyak tokoh lainnya. Ia secara sistematis merumuskan strategi Islamisasi ilmu dalam bentuk kurikulum pendidikan untuk umat Islam.
Meski demikian, ide-ide Al-Attas tentang Islamisasi ilmu pengetahuan dalam pendidikan Islam. Banyak memperoleh tantangan dari para pemikir yang terlahir dari dunia Barat
Terlepas dari itu, Al-Attas telah dikenal sebagai filosof pendidikan Islam yang sampai saat ini kesohor di kalangan umat Islam dunia dan juga sebagai figur pembaharu (person of reform) pendidikan Islam. Respon positif ataupun negatif dari para intelektual yang ditujukan kepada Al-Attas menjadikan kajian terhadap pemikiran Al-Attas semakin menarik.
Berdasarkan pada uraian latar belakang masalah di atas, maka permasalahan yang ada dirumuskan sebagai berikut. Bagaimana latar belakang sejarah kehidupan Naquib al-Attas? Bagaimana tujuan pendidikan menurut al-Attas bagi modernisasi pendidikan Islam di Indonesia?
B. Metode Penelitian
Penulisan makalah ini ditulis dengan menggunakan kajian literatur atau kepustakaan yang bersifat kontemporer dengan sudut pandang filsafat pendidikan. Data yang dipakai bersumber dari buku-buku, majalah-majalah, artikel-artikel, dan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan pemikiran Al-Attas dan pendidikan. Rujukan utama (primer) adalah karya-karya yang ditulis Al-Attas. Sementara rujukan sekunder adalah karya-karya intelektual mengenai pemikiran Al-Attas. Untuk karya-karya lain yang terkait dijadikan sebagai data pendukung. Adapun metode yang digunakan adalah metode Heuristik; yaitu mencari pemahaman baru. Metode heuristik diterapkan untuk menemukan sesuatu yang baru setelah melakukan penyimpulan dan kritik terhadap objek material dalam penelitian. Metode heuristik penting untuk menemukan suatu hal baru dalam mendekati objek material penelitian. Disamping itu, metode heuristik perlu untuk melakukan refleksi kritis terhadap konsepsi seorang filosof (Kaelan, 2005: 254; Bakker & Zubair, 1990). Metode ini dipakai untuk mengevaluasi secara kritis pemikiran Al-Attas; kekuatan dan kelemahan.
C. Deskripsi Pembahasan
§ Biografi Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas
1. Sejarah Hidup dan Riwayat Pendidikannya
Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Lahir dibogor, Jawa Barat, pada tanggal 5 september 1931. Ia adik kandung dari Prof. DR. Hussein Al-Attas, seorang ilmuwan dan pakar sosiologi di Univeritas Malaya, Kuala Lumpur Malaysia. Ayahnya bernama Syed Ali bin Abdullah AL-Attas, sedangkan ibunya bernama Syarifah Raguan Al-Idrus, keturunan kerabat raja-raja Sunda Sukapura, Jawa Barat. Ayahnya berasal dari Arab yang silsilahnya merupakan keturunan ulama dan ahli tasawuf yangterkenal dari kalangan sayid.
Riwayat pendidikan Prof. DR. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (selanjutnya akan disebut Al-Attas), sejak ia masih kecil berusia 5 tahun. Ketika ia berada di Johor Baru, tinggal bersama dan di bawah didikan saudara ayahnya Encik Ahmad, kemudian dengan Ibu Azizah hingga perang kedua meletus. Pada tahun 1936-1941, ia belajar di Ngee Neng English Premary Schoool di Johor Baru. Pada zaman Jepang ia kembali ke Jawa Barat selama 4 tahun. Ia belajar agama dan bahasa Arab Di Madrasah Al-Urwatul Wutsqa di Sukabumi Jawa Barat Pada tahun 1942-1945. Tahun 1946 ia kemabali lagi ke Johor Baru dan tinggal bersama saudara ayahnya Engku Abdul Aziz (menteri besar Johor Kala itu), lalu dengan Datuk Onn yang kemudian juga menjadi menteri besar Johor (ia merupakan ketua umum UMNO pertama). Pada tahun 1946, Al-Attas melanjutkan pelajaran di Bukit Zahrah School dan seterusnya di English College Johor Baru tahun 1946-1949. Kemudian masuk tentara (1952-1955) hingga pangkat Letnan. Namun karena kurang berminat akhirnya keluar dan melanjutkan kuliah di University Malaya tahun 1957-1959, lalu melanjutkan di Mc Gill University, Montreal, Kanada, dan mendapat gelar M. A. Tidak lama kemudian melanjutkan lagi pada program pascasarjana di University of London tahun 1963-1964 hingga mendapat gelar Ph. D.
2. Corak pemikiran pendidikan Al-Attas
Apabila ditelaah dengan cermat, format pemikiran pendidikan yang ditawarkan oleh Al-Attas, tampak jelas bahwa dia berusaha menampilkan wajah pendidikan Islam sebagai suatu sistem pendidikan terpadu.
Hal tersebut dapat dilihat dari tujuan pendidikan yang dirumuskannya, yakni tujuan pendidikan yang dirumuskannya, yakni tujuan pendidikan dalam Islam harus mewujudkan manusia yang baik, yaitu manusia universal (Al-Insan Al-Kamil). Insan kamil yang dimaksud adalah manusia yang bercirikan: pertama; manusia yang seimbang, memiliki keterpaduan dua dimensi kepribadian; a) dimensi isoterikvertikal yang intinya tunduk dan patuh kepada Allah dan b) dimensi eksoterik, dialektikal, horisontal, membawa misi keselamatan bagi lingkungan sosial alamnya. Kedua; manusia seimbang dalam kualitas pikir, zikir dan amalnya (achmadi, 1992: 130). Maka untuk menghasilkan manusia seimbang bercirikan tersebut merupakan suatu keniscayaan adanya upaya maksimal dalam mengkondisikan lebih dulu paradigma pendidikan yang terpadu.
Indikasi lain yang mempertegas bahwa paradigma pendidikan yang ditawarkan Al-Attas menghendaki terealisirnya sistem pendidikan terpadu ialah tertuang dalam rumusan sistem pendidikan yang diformulasikannya, dimana tampak sangat jelas upaya Al-Attas untuk mengintegrasikan ilmu dalam sistem pendidikan Islam, artinya Islam harus menghadirkan dan mengajarkan dalam proses pendidikannya tidak hanya ilmu-ilmu agama, tetapi juga ilmu-ilmu rasional, intelek dan filosofis.
Dari deskripsi di atas, dapat dilacak bahwa secara makro orientasi pendidikan Al-Attas adalah mengarah pada pendidikan yang bercorak moral religius yang tetap menjaga prinsip keseimbangan dan keterepaduan sistem. Hal tersebut terlihat dalam konsepsinya tentang Ta'dib (adab) yang menurutnya telah mencakup konsep ilmu dan amal. Di situ dipaparkan bahwa setelah manusia dikenalkan akan posisinya dalam tatanan kosmik lewat proses pendidikan, ia diharapakan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik di masyarakat berdasarkan adab, etika dan ajaran agama. Dengan bahasa yang berbeda dapat dikatakan bahwa penggunaan ilmu pengetahuan dan teknologi harus dilandasi pertimbangan nilai-nilai dan ajaran agama.
Hal itu merupakan indikator bahwa pada dasarnya paradigma pendidikan yang ditawarkan Al-Attas lebih mengacu kepada aspek moral-transendental (afektif) meskipun juga tidak mengabaikan aspek kognitif (sensual–logis) dan psikomotorik (sensual-empiris). Hal ini relevan dengan aspirasi pendidikan Islami, yakni aspirasi yang bernafaskan moral dan agama. Karena dalam taksonomi pendidikan Islami, dikenal adanya aspek transendental, yaitu domain iman disamping tiga domain kognitif, afektif dan psikomotorik yang dikembangkan B.S.Bloom dkk. (Muhaimin, 1991 : 1971: 72-73). Domain iman amat diperlukan dalam pendidikan Islami, karena ajaran Islam tidak hanya menyangkut hal-hal rasional, tetapi juga menyangkut hal-hal yang supra rasional, dimana akal manusia tidak akan mampu menangkapnya, kecuali didasari dengan iman, yang bersumber dari wahyu, yaitu Al-Qur'an dan Al-Hadist. Domain iman merupakan titik sentral yang hendak menentukan sikap dan nilai hidup peserta didik, dan dengannya pula menentukan nilai yang dimiliki dan amal yang dilakukan.
3. Kondisi obyektif pendidikan Islam dewasa ini
Untuk memotret bagaimana kondisi dunia pendidikan Islam dewasa ini, setidaknya bisa dicerna pandangan dan penilaian kritis para cendekiawan muslim, dimana secara makro dapat disimpulkan bahwa ia masih mengalami keterjajahan oleh konsepsi pendidikan Barat. Walaupun statemen ini berupa tesis atau hipotesa yang perlu dikaji ulang, tetapi ia sangat penting sebagai cermin dan refleksi untuk memperbaiki wajah pendidikan Islam yang dicita-citakan.
Prof. Dr. Isma'il Raji Al-Faruqi dalam karya monumentalnya islamization of knowlegde: general principles and workplan mensinyalir bahwa kondisi umat Islam saat ini sangat memprihatinkan, berada di bawah anak tangga bangsa-bangsa terbawah. Mengenai kondisi ini, ia menulis the whole world nomdays is led to thing that the religion of islam standas at the root of all evils (Al-Faruqi, 1995: x). Dalam bukunya Al-Tawhid, ia menambahkan bahwa : the ummah of islam is undeniabley the most unhappy ummah in modern times (Al-Faruqi, 1994: xiii). Al-Faruqi meyakini bahwa kondisi umat islam yang memprihatinkan ini, disebabkan oleh sistem pendidikan yang dipakai jiplakan dari sistem pendidikan Barat, baik materi maupun metodologinya (AL-Faruqi, 1984:17).
Tidak bisa dipungkiri, bahwa masyarakat Islam di seluruh dunia sedang berada dalam arus perubahan yang sangat dahsat seiring datangnya era globalisasi dan informasi. Sebagai masyarakat mayoritas dalam dunia ketiga, sungguhpun telah berusaha menghindari pengaruh westernisasi, tetapi dalam kenyataannya modernisasi yang diwujudkan melalui pembangunan berbagai sektor termasuk pendidikan, intervensi dan westernisasi tersebut sulit dielakkan.
Sehubungan dengan itu Fazlur Rahman Anshari yang selanjunya dikutip oleh Muhaimin, menyatakan : bahwa dunia Islam saat ini menghadapi suatu krisis yang belum pernah dialami sepanjang sejarahnya, sebagai akibat dari benturan peradaban Barat dengan dunia Islam.
Khursyid Achmad, seorang pakar muslim asal Pakistan, mencatat empat kegagalan yang ditemui oleh sistem pendidikan Barat yang liberal dan sekuler, yaitu:
Pertama, pendidikan telah gagal mengembangkan cita-cita kemasyarakan di kalangan pelajar. Kedua, pendidikan semacam ini gagal menanamkan nilai moral dalam hati dan jiwa generasi muda. Pendidikan semacam ini hanya memenuhi tuntutan pikiran, tetapi gagal memenuhi kebutuhan jiwa. Ketiga, pendidikan liberal membawa akibat terpecah belahnya ilmu pengetahuan. Ia gagal menyusun atau menyatukan ilmu dalam kesatuan yang utuh. Empat, selanjutnya pendidikan liberal menghasilkan manusia yang tiadak mampu menghadapi masalah kehidupan yang mendasar. (Achmad, 1992:22-23).
Semerntara Al-Attas melihat bahwa universitas modern (baca:Barat) tidak mangakui eksistensi jiwa atau semangat yang ada pada dirinya, dan hanya terikat pada fungsi administratif pemeliharaan pembangunan fisik
Dapat disimpulkan bahwa kondisi pendidikan dewasa ini, secara makro telah terkontaminasi dan terinvensi konsep pendidikna Barat. Dimana paradigma pendidikan Barat tersebut secara garis besar dapat dikatakan hanya mengutamakan pengejaran pengetahuan ansich, menitik beratkan pada segi teknik empiris, sebaliknya tidak mengakui eksistensi jiwa, tidak mempunyai arah yang jelas serta jauh dari landasan spiritual.
4. Menuju paradigma pendidikan Islam
Melihat kondisi pendidikan dewasa ini sebagaimana telah dideskripsikan, maka peniruan terhadap konsepsi pendidikan Barat harus dihentikan, karena tidak sesuai dengan dengan cita-cita pendidikan Islam. Sebaliknya merupakan suatu keniscayaan untuk mencari paradigma pendidikan yang paling sesuai dengan cita-cita islam.
Dalam wacana ilmiah, setidaknya dapat dikemukakakan beberapa alasan mendasar tentang pentingnya realisasi paradigma pendidikan Islam. Pertama, Islam sebagai wahyu Allah yang meruapakan pedoman hidup manusia untuk mencapia kesejahteraan di dunia dan akherat, baru bisa dipahami, diyakini, dihayati dan diamalkan setelah melalui pendidikan. Disamping itu secara fungsional Nabi Muhammad, sendiri di utus oleh Allah sebagai pendidikan utama manusia. Kedua, ilmu pendidikan sebagai ilmu humaniora juga termasuk ilmu normatif, sebab ia terikat dengan norma-norma tertentu. Disini nilai-nilai Islam sangat memadai untuk dijadikan sentral norma dalam ilmu pendidikan itu.
Ketiga, dalam memecahkan dan menganalisa berbagai masalah pendidikan selama ini cenderung mengambil sikap seakan-akan semua permasalahn pendidikan, baik makro maupun mikro diyakini dapat diterangkan dengan teori-teori atau filsafat pendidikan Barat, padahal yang disebut terakhir tadi bersifat sekuler. Oleh karena itu, nilai-nilai ideal Islam mestinya akan lebih sesuai untuk menganalisa secara kritis fenomena kependidikan (Lihat Achmadi, 1992: viii-ix).
5. Aktualisasi konsep Al-Attas dalam pendiikan Islam masa kini
Berdasarkan pada fenomena dan kondisi obyektif dunia pendidikan masa kini pada umumnya dan pendidikan Islam pada khususnya, maka pemikiran pendidikan Islam yang terformula dalam konsep ta'dib yang ditawarkan Al-Attas, sungguh memilki relevansi dan signifikansi yang tinggi serta layak dipertimbangkan sebagai solusi alternatif untuk diaktualisasikan dan di implementasikan dalam dunia pendidikan Islam. Karena pada dasarnya ia merupakan konsep pendidikan yang hendak mengintegrasikan dikhotomi ilmu pengetahuan, menjaga keseimbangan-equilibrium, bercorak moral dan religius. Secara ilmiah Al-Attas telah mengemukakan proposisi-proposisinya sehingga menjadi sebuah konsep pendidikan yang sangat jelas. Sehingga bukanlah suatu hal yang naif bahwa statement Al-Attas ini merupakan sebuah jihad intelektual dalam menemukan paradigma pendidikan Islam. Bila dicobakan untuk berdialog dengan filsafat ilmu, apa yang diformulasikan oleh Al-Attas dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah, baik dari dataran ontologis, epistemologis maupun aksiologis.
D. Kesimpulan
Bagaimanapun hebatnya pemikiran seseorang pasti memiliki kekurangan dan tidak sempurna, tak terkecuali paradigma pendidikan Islam yang diformulasikan oleh Al-Attas. Namun apa yang digagasnya merupakan suatu komoditi berharga bagi pengembangan dunia ilmu pendidikan Islam, baik dalam dataran teoritis maupun praktis. Demikian pula dengan gagasan tentang Islamisasi ilmu pengetahuan adalah ide yang penting untuk diperhatikan secara positif. Hal tersebut bermuara pada tujuan agar menghindarkan umat manusia dari kesesatan disebabkan oleh ilmu yang sudah ada terpola secara filsafat Barat yang sekuler. Selanjutnya bagaimana konsepsi tersebut menemukan formatnya secara konkrit dan operasional.
Secara akademis pemikiran kritis dan inovatif seperti yang dilakukan Al-Attas, dalam konteks demi kemajuan dunia pendidikan Islam merupakan suatu keniscayaan, conditio sine quanon untuk ditumbuhkembangkan secara terus menerus. Hal tersebut merupakan konsekwensi dan refleksi rasa tanggung jawab manusia yang memiliki fungsi dan tugas utama sebagai Abdullah dan Khalifatullah.

ilmuan

Peradaban Barat telah menjadikan ilmu sebagai problematis. Ilmu dalam Peradaban Barat telah mengangkat keraguan dan dugaan ke tahap metodologi ‘ilmiah.’ Westernisasi ilmu telah menjadikan keraguan sebagai alat epistemologi yang sah dalam keilmuan, menolak Wahyu dan kepercayaan agama dalam ruang lingkup keilmuan dan menjadikan spekulasi filosofis yang terkait dengan kehidupan sekular yang memusatkan manusia sebagai makhluk rasional sebagai basis keilmuan. Akibatnya, peradaban Barat telah menghasilkan ilmu pengetahuan dan nilai-nilai etika dan moral, yang diatur oleh rasio manusia, terus menerus berubah.Syed Muhammad Naquib al-Attas menyimpulkan ilmu pengetahuan modern yang dibangun di atas visi intelektual dan psikologis budaya dan peradaban Barat dijiwai oleh 5 faktor: (1) akal diandalkan untuk membimbing kehidupan manusia; (2) bersikap dualistik terhadap realitas dan kebenaran; (3) menegaskan aspek eksistensi yang memproyeksikan pandangan hidup sekular; (4) membela doktrin humanisme; (5) menjadikan drama dan tragedi sebagai unsur-unsur yang dominant dalam fitrah dan eksistensi kemanusiaan.
Sumber Ilmu dalam Islam

Dalam pandangan Islam, ilmu adalah mungkin. Jadi, pemikiran skeptisisme, relatifisme, agnotisisme tidaklah tepat. Selain itu, ilmu dalam Islam tidak terlepas dari Wahyu. Ini disebabkan ilmu pengetahuan berasal dari Tuhan, dan diraih melalui saluran-saluran sebagai berikut:

I. Panca indera (hawass):

(i) Panca indera eksternal: sentuhan (touch), penciuman (smell), rasa (taste), penglihatan (sight) dan pendengaran (hearing)

(ii) Panca indera internal: akal sehat (common sense), representasi (representation), estimasi (estimation), retention (retensi), rekoleksi (recollection) dan khayalan (imagination).

II. Riwayat benar (khabar sadiq) berdasar kepada otoritas (naql):

(i) otoritas mutlak (absolute authority)

(a) otoritas Tuhan (divine authority) seperti al-Qur’an

(b) otoritas kenabian (prophetic authority), yaitu Nabi

(ii) otoritas relatif

(a) ijma para ulama (tawatur)

(b) riwayat orang-orang yang amanah secara umum

III. Intelek (aql)

(i) akal sehat (ratio)

(ii) intuisi (hads, wijdan).

Islamisasi Ilmu Pengetahuan

Ilmu pengetahuan modern yang saat ini dihasilkan oleh peradaban Barat tidak serta-merta harus diterapkan di dunia Muslim. Sebabnya, ilmu bukan bebas-nilai (value-free), tetapi sarat nilai (value laden). Ilmu bisa dijadikan alat yang sangat halus dan tajam bagi menyebarluaskan cara dan pandangan hidup sesuatu kebudayaan.

Syed Muhammad Naquib al-Attas menyadari terdapatnya persamaan antara Islam dengan filsafat dan sains modern menyangkut sumber dan metode ilmu, kesatuan cara mengetahui secara nalar dan empiris, kombinasi realisme, idealisme dan pragmatisme sebagai fondasi kognitif bagi filsafat sains; proses dan filsafat sains. Bagaimanapun, ia menegaskan terdapat juga sejumlah perbedaan mendasar dalam pandangan hidup (divergent worldviews) mengenai Realitas akhir. Baginya, dalam Islam, Wahyu merupakan sumber ilmu tentang realitas dan kebenaran akhir berkenaan dengan makhluk ciptaan dan Pencipta.Wahyu merupakan dasar kepada kerangka metafisis untuk mengupas filsafat sains sebagai sebuah sistem yang menggambarkan realitas dan kebenaran dari sudat pandang rasionalisme dan empirisesme. Tanpa Wahyu, ilmu sains dianggap satu-satunya pengetahuan yang otentik (science is the sole authentic knowledge). Tanpa Wahyu, ilmu pengetahuan ini hanya terkait dengan fenomena. Akibatnya, kesimpulan kepada fenomena akan selalu berubah sesuai dengan perkembangan zaman. Tanpa Wahyu, realitas yang dipahami hanya terbatas kepada alam nyata ini yang dianggap satu-satunya realitas. Islam adalah agama sekaligus peradaban. Islam adalah agama yang mengatasi dan melintasi waktu karena sistem nilai yang dikandungnya adalah mutlak. Kebenaran nilai Islam bukan hanya untuk masa dahulu, namun juga sekarang dan akan datang. Nilai-nilai yang ada dalam Islam adalah sepanjang masa. Jadi, Islam memiliki pandangan-hidup mutlaknya sendiri, merangkumi persoalan ketuhanan, kenabian, kebenaran, alam semesta dll. Islam memiliki penafsiran ontologis, kosmologis dan psikologis tersendiri terhadap hakikat. Islam menolak ide dekonsekrasi nilai karena merelatifkan semua sistem akhlak.

Mendiagnosa virus yang terkandung dalam Westernisasi ilmu, Syed Muhammad Naquib al-Attas mengobatinya dengan Islamisasi ilmu. Alasannya, tantangan terbesar yang dihadapi kaum Muslimin adalah ilmu pengetahuan modern yang tidak netral dan telah diinfus ke dalam praduga-praduga agama, budaya dan filosofis, yang sebenarnya berasal dari refleksi kesadaran dan pengalaman manusia Barat. Jadi, ilmu pengetahuan modern harus diislamkan.

Mengislamkan ilmu bukanlah pekerjaan mudah seperti labelisasi. Selain itu, tidak semua dari Barat berarti ditolak. Sebabnya, terdapat sejumlah persamaan antara Islam dan filsafat dan sains Barat. Oleh sebab itu, seseorang yang mengislamkan ilmu, ia perlu memenuhi pra-syarat, yaitu ia harus mampu mengidentifikasi pandangan-hidup Islam (the Islamic worldview) sekaligus mampu memahami budaya dan peradaban Barat. Pandangan-hidup dalam Islam adalah visi mengenai realitas dan kebenaran (the vision of reality and truth). Realitas dan kebenaran dalam Islam bukanlah semata-mata fikiran tentang alam fisik dan keterlibatan manusia dalam sejarah, sosial, politik dan budaya sebagaimana yang ada di dalam konsep Barat sekular mengenai dunia, yang dibatasi kepada dunia yang dapat dilihat. Realitas dan kebenaran dimaknai berdasarkan kajian kepada metafisika terhadap dunia yang nampak dan tidak nampak.
 
Jadi, pandangan-hidup Islam mencakup dunia dan akhirat, yang mana aspek dunia harus dihubungkan dengan cara yang sangat mendalam kepada aspek akhirat, dan aspek akhirat memiliki signifikansi yang terakhir dan final. Pandangan–hidup Islam tidak berdasarkan kepada metode dikotomis seperti obyektif dan subyektif, historis dan normatif. Namun, realitas dan kebenaran dipahami dengan metode yang menyatukan (tawhid). Pandangan-hidup Islam bersumber kepada wahyu yang didukung oleh akal dan intuisi. Substansi agama seperti: nama, keimanan dan pengamalannya, ibadahnya, doktrinya serta sistem teologinya telah ada dalam wahyu dan dijelaskan oleh Nabi. Islam telah lengkap, sempurna dan otentik. Tidak memerlukan progresifitas, perkembangan dan perubahan dalam hal-hal yang sudah sangat jelas (al-ma'lum min al-din bi al-darurah). Pandangan-hidup Islam terdiri dari berbagai konsep yang saling terkait seperti konsep Tuhan, wahyu, pencipatan, psikologi manusia, ilmu, agama, kebebasan, nilai dan kebaikan serta kebahagiaan. Konsep-konsep tersebut yang menentukan bentuk perubahan, perkembangan dan kemajuan. Pandangan-hidup Islam dibangun atas konsep Tuhan yang unik, yang tidak ada pada tradisi filsafat, budaya, peradaban dan agama lain.
 
Setelah mengetahui secara mendalam mengenai pandangan-hidup Islam dan Barat, maka proses Islamisasi baru bisa dilakukan. Sebabnya, Islamisasi ilmu pengetahuan saat ini (the Islamization of present-day knowledge), melibatkan dua proses yang saling terkait:
 
i) mengisoliir unsur-unsur dan konsep-konsep kunci yang membentuk budaya dan peradaban Barat (5 unsur yang telah disebutkan sebelumnya), dari setiap bidang ilmu pengetahuan modern saat ini, khususnya dalam ilmu pengetahuan humaniora. Bagaimanapun, ilmu-ilmu alam, fisika dan aplikasi harus diislamkan juga khususnya dalam penafsiran-penafsiran akan fakta-fakta dan dalam formulasi teori-teori.
 
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, jika tidak sesuai dengan pandangan-hidup Islam, maka fakta menjadi tidak benar. Selain itu, ilmu-ilmu modern harus diperiksa dengan teliti. Ini mencakup metode, konsep, praduga, simbol, dari ilmu modern; beserta aspek-aspek empiris dan rasional, dan yang berdampak kepada nilai dan etika; penafsiran historisitas ilmu tersebut, bangunan teori ilmunya, praduganya berkaitan dengan dunia, dan rasionalitas proses-proses ilmiah, teori ilmu tersebut tentang alam semesta, klasifikasinya, batasannya, hubung kaitnya dengan ilmu-ilmu lainnya serta hubungannya dengan sosial harus diperiksa dengan teliti.
 
ii) memasukkan unsur-unsur Islam beserta konsep-konsep kunci dalam setiap bidang dari ilmu pengetahuan saat ini yang relevant.
 
Jika kedua proses tersebut selesai dilakukan, maka Islamisasi akan membebaskan manusia dari magik, mitologi, animisme, tradisi budaya nasional yang bertentangan dengan Islam, dan kemudian dari kontrol sekular kepada akal dan bahasanya. Islamisasi akan membebaskan akal manusia dari keraguan (shakk), dugaan (Ðann) dan argumentasi kosong (mirÉ’) menuju keyakinan akan kebenaran mengenai realitas spiritual, intelligible dan materi. Islamisasi akan mengeluarkan penafsiran-penafsiran ilmu pengetahuan kontemporer dari ideologi, makna dan ungkapan sekular.
 
Sebagai kesimpulan, “revolusi epistemologis” diperlukan sebagai jawaban terhadap krisis epistemologis yang melanda konsep ilmu dalam budaya dan peradaban Barat.


Bagi mereka yang pernah membaca Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia dan Daripada Sains Yunani Kepada Sains Islam, mereka tentu tahu bahawa pengarangnya bukanlah calang-calang, terutamanya jika mahu dibandingkan dengan para cendikiawan lain di Malaysia. Sebenarnya, di Malaysia tidak ramai cendikiawan yang mampu menulis dengan baik, apatah lagi secara prolifik dapat menghasilkan karya-karya yang agak baik.
Sebagai individu yang bertanggungjawab mengasaskan Jabatan Sains dan Teknologi, Fakulti Sains di Universiti Malaya—dan kini bertugas sebagai Timbalan Presiden di Asia e University—Prof. Dr. Hairuddin Harun merupakan antara cendikiawan yang dihormati dalam bidang Sains Islam. Perspektif yang dikemukakan beliau lazimnya menarik, terutama sewaktunya membandingkan pemikiran antara Seyyed Hossein Nasr dengan Syed Muhammad Naquib al-Attas. Hal ini dapat dicermati menerusi wawancara di bawah, di mana beliau cuba menanggapi beberapa persoalan yang dikemukakan dengan cukup baik. Elok kita sorotinya pemikirannya tentang Sains Islam ini:
Dari sudut bahasa, apa bezanya sains, ilmu, al-’ilm, knowledge, science, dan Scientia? Apakah terjemahan yang tepat untuk “Islamization of knowledge” yang dianjurkan oleh Ismail Faruqi?
Daripada segi etimologi, “science” telah didefinisikan dalam pelbagai cara, sama ada oleh pemerhati, pengkritik atau pengamalnya. Pelbagai kupasan tersebut misalnya boleh dilihat dalam buku-buku falsafah sains yang membawa tajuk “what is science?”. Namun, umumnya, “science” difahami sebagai gagasan ilmu alam tabii yang di kumpul melalui tatacara kaedah tertentu yang biasanya melibatkan pendekatan (i) empirik, (ii) logik dan (iii) matematik. Kita perhatikan yang ditekankan di sini ialah tatacara kaedah empirikal, logikal dan matematikal.
Dalam sejarah intelektual Melayu moden khasnya dan Nusantara amnya, pengertian “sains” kerap dipadankan dan dipengaruhi oleh istilah “science” dalam bahasa Inggeris, atau dalam perkataan lain; untuk memahami makna istilah “sains” semasa kita perlu juga memahami sejarah intelektual Inggeris dan perkembangan faham “science” di Eropah.
Dalam konteks faham semasa, khususnya dalam pengajian moden, istilah “ ilmu” dan “knowledge” digunakan dalam konteks dan maksud yang sama. Istilah “scientia” yang berasal dari bahasa Latin kuno, dan bermaksud “ilmu,” hampir tidak digunakan kini melainkan dalam keadaan terhad oleh para ahli falsafah dan epistemologi. Begitu juga istilah “al-‘ilm” yang digunakan hanya oleh para ahli bahasa Arab atau dalam konteks teologi Islam; yang mana maksud dan ertinya di kandung oleh pengertian dalam bidang tersebut. Walaupun kita ketahui bahawa kekayaan erti “al’ilm” seperti yang telah dikupas dalam sejarah ilmu Islam telah cuba diketengahkan oleh para ilmuwan Islam semasa, namun, kejayaan usaha tersebut masih lagi amat terhad dan ditenggelami oleh faham ilmu moden. Walau pun begitu, ramai para ilmuwan berpendapat bahawa maksud asal “scientia” banyak dipengaruhi oleh erti dan istilah “al-‘ilm” seperti yang kupas oleh para ilmuwan dan ahli falsafah Islam terdahulu. Para ahli etimologi pula berpendapat bahawa istilah “science” bahasa Inggeris dipadankan daripada “scientia” dan istilah “ilmu” dalam bahasa Melayu berasal dari “al-‘ilm”. Namun, suatu yang agak jelas ialah dalam konteks epistemologi semasa terdapat jurang makna yang jauh tentang faham “science” kini dengan faham asal “scientia,” dan juga antara faham istilah “ilmu” dengan faham “al-‘ilm”.
Jika kita ingin memahami secara adil teras ide “Islamization of knowledge” seperti yang diketengahkan oleh Ismail al-Faruqi, kita tidak boleh tidak harus merujuk sekurang-kurang kepada tiga karya utama beliau berikut:
o (1982) Islamization of Knowledge. Herndon, VA: IIIT
o (1982) Tawhid: Its Implications For Thought And Life. Kuala Lumpur: IIIT
o (1986) The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan
Sekiranya saya diminta untuk mengulas ide beliau tersebut dalam satu rangkap yang singkat, maka saya akan katakan begini: asas hujah dan epistemologi Ismail al-Faruqi ialah paradigma Tawhidic . Proses pengislaman ilmu bagi beliau pada asasnya ialah mencari jalan untuk mengetengahkan atau mengintegrasikan paradigma Tawhid ke dalam cabang-cabang ilmu moden. Bukti keupayaan dan kejayaan ini yang ketara bagi beliau ialah dalam kesenian Islam.
Namun begitu, Ismail al-Faruqi adalah seorang ilmuwan Islam, yang jelas dididik dalam acuan ilmu moden semasa. Akal budi beliau dibentuk dalam acuan budaya ilmu abad ke-20 dan fahaman Islam beliau juga dalam acuan pemikiran semasa. Oleh demikian, beliau tidak menolak ilmu moden Barat kerana umumnya beliau percaya ilmu tersebut terbuka untuk di Islamisasikan, atau pada prinsipnya semua ilmu moden boleh diterapkan dengan elemen Tawhid.
Beliau, nampaknya tidak mempunyai masalah dengan sains moden. Bahkan beliau pernah mendakwa bahawa Islamlah yang telah menegaskan dan mengasaskan konsep alam tabii yang sekular dan profan tanpa sebarang unsur-unsur “sacredness” seperti yang difahami dalam kosmologi sebelum Islam. Bagi beliau, rasionaliti dan kosmologi Tawhid tidak membenarkan adanya unsur simbolisme animisme, sacredness atau perkongsian unsur ketuhanan pada objek kejadian atau makhluk, melainkan fenomena yang jelas wujud sebagai sifat tabii. Oleh demikian bagi beliau, asas kosmologi sains moden pada prinsipnya tidak bercanggah dengan kosmologi tabii Islam, atau sekurang-kurangnya kosmologi sains moden terbuka kepada suntikan paradigma Tawhid.
Pandangan beliau tentang keserasian antara kosmologi sains moden dengan kosmologi Islam jelas agak berbeza dengan pandangan ilmuwan seperti SH. Nasr dan mungkin juga dengan SM Naquib al-Attas.
Bagaimana sejarah dan kemunculan gagasan Pengislaman Ilmu? Apakah peranan dan sumbangan Sayyed Hossein Nasr dan Syed Muhammad Naquib al-Attas pula dalam gagasan ini? Dan, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Pengislaman Ilmu, atau Sains Islam ini?
Gagasan usaha yang disebut sebagai “Pengislaman Ilmu” bukanlah suatu yang baru berlaku pada zaman ini sahaja. Usaha tersebut terserlah giat pada zaman “generasi al-Quran” yang pertama lagi. Hanya kebanyakan perbincangan Sejarah Pengislaman Ilmu semasa tertumpu kepada zaman mutakhir ini. Kita perlu peka bahawa sekiranya kita bermula dengan pertembungan ilmiah antara umat Islam pertama, iaitu selepas Al-Quran di tanzilkan, maka sejarahnya agak panjang. Dalam pertembungan tersebut tidak semua ilmu yang datang daripada tamadun terdahulu, misalnya Yunani, Sabean atau Mesir kuno, serasi dengan kosmologi dan metafizik al-Quran. Para ilmuwan awal Islam peka tentang hal ini dan betapa perlunya usaha memastikan setiap cabang ilmu harus serasi dengan risalah Islam. Kesedaran seperti inilah sebenarnya yang menjadi teras kepada faham dan proses pengislaman ilmu ketika itu dan juga kemudiannya.
Bahkan apa yang berlaku kemudiannya dalam abad ke 20 banyak mengambil iktibar daripada apa yang dilakukan oleh para ilmuwan awal Islam terutama pada zaman-zaman khalifah. Kita mungkin tidak mampu memperincikan kesemua hal tersebut di sini, lagi pun hal ini telah banyak di kupas oleh ahli sejarah ilmu Islam dan saya juga turut telah mengupasnya dalam buku saya “Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam” yang diterbitkan awal 1990an. Sekiranya kita harus mencari titik tolak sejarah moden kesedaran sains di dunia Islam, maka pergerakan kebangkitan yang dikenali sebagai an-Nahda adalah salah satu daripadanya. Pergerakan tersebut memberi kesan kepada kebangkitan intelektual Islam moden khususnya di Mesir dan turut memberi kesan kepada sejarah kebangkitan intelektual Islam termasuk di rantau ini. Tokoh pemikir seperti Rifa’a el-Tahtawi (1801-1873) yang pergi ke Paris pada tahun 1826 untuk mempelajari kaedah pendidikan dan sains barat merupakan penggerak penting an-nahda. Hanya, perkembangan tersebut lebih menjurus kepada kebangkitan kesedaran masyarakat Islam kepada kepentingan sains moden barat dan betapa daifnya ilmu tabii yang ada pada mereka.
Namun, arus kesedaran yang dibawa pada pertengahan dan lewat abad ke-20 oleh S.H. Nasr dan Naquib al-Attas adalah amat berbeza sekali. Keduanya lebih cenderung untuk mengetengahkan keunggulan kosmologi dan epistemologi Islam. Dari segi perbincangan tentang sains Islam di Malaysia, pengaruh S. H. Nasr adalah amat penting khususnya dalam wacana sejarah sains Islam. Manakala pengaruh Syed Naquib al-Attas amat menonjol dalam perbincangan epistemologi Islam khususnya dari segi sains sosial dan pendidikan. Pengaruh kedua-dua mereka, terutamanya, adalah jelas kelihatan dalam wacana-wacana tokoh ilmuwan tempatan yang bercakap tentang sains Islam terutamanya mereka yang menganggotai Akademi Sains Islam (ASASI).
Namun begitu, kekuatan dan pengaruh kedua-dua tokoh tersebut ada sedikit kelainan; S.H. Nasr berlatar belakangkan sains, beliau pernah mendapat latihan dalam bidang geologi dan fizik, selain daripada sejarah sains. Oleh demikian beliau amat peka tentang sifat dan ciri sains moden dan juga mahir dalam historiografi sains. Karya beliau yang dianggap terpenting dalam mencorakkan perbahasan tentang sains Islam ialah “Science and Civilization in Islam” dan ”An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines”. S.M. Naquib al-Attas pula terlatih dalam bidang sosiologi dan antropologi ilmu. Antara karya beliau yang mewarnai wacana sains Islam di rantau ini ialah “Islam and Secularism” dan “Islam and the Philosophy of Science.” Saya cenderung untuk mengatakan bahawa di kalangan para ahli sains pengaruh dan tulisan Nasr lebih menonjol, manakala Naquib al-Attas mendapat perhatian lebih daripada mereka dalam bidang sains sosial atau sastera.
Apakah Pengislaman Ilmu cuba melakukan pemadanan sains dan Islam sepertimana yang dilakukan oleh Harun Yahya, Abdul Razzaq Naufal, dan kalangan ‘Bucaillisme’ yang lain? Sebab, terdapat kecenderungan di kalangan ini yang mendakwa bahawa banyak penemuan teori-teori besar adalah milik asal Islam. Ini dapat kita lihat keseronokan mereka yang mendakwa teori dentuman besar, teori kenisbian, dll adalah Islamik dan serasi dengan al-Qur’an. Apakah begitu? Atau, ini satu perampasan identiti penemuan Sains Barat di sebalek kemalasan/kelambatan umat Islam untuk menyelidik? Atau juga, bukan kedua-duanya? Atau, bagaimana?
Sekiranya kita mengupas sains daripada sudut falsafah sains Islam dan historiografi sains Islam, saya berpendapat bahawa usaha Harun Yahya dan Bucaillisme yang lain mempunyai tempatnya yang tersendiri. Ia merupakan pendekatan yang mempunyai hujah yang tersendiri, satu mazhab ilmiah yang sah. Sama ada hujah dan pendirian mereka itu lengkap dan yang terbaik, itu merupakan soalan yang lain. Pendekatan yang mereka bawa itu mungkin ada kelemahan yang ketara. Antaranya, ialah apabila memadankan teori sains secara literal dengan ayat-ayat tertentu daripada Al-Quran. Sedangkan kita peka bahawa sifat sesuatu teori sains itu bukan mutlak, dan konsep kebenaran dalam sains moden, khususnya, ialah bersifat sementara dan boleh berubah-ubah mengikut penemuan dan interpretasi semula. Sekarang ini pun kita tahu ada kalangan ahli fizik yang mempersoalkan tentang teori “Big Bang” itu, dan telah ada teori-teori saingan diketengahkan.
Bukankah rahmat teknologi yang kita nikmati dewasa ini adalah hasil daripada kekayaan ilmu yang diolah dari Tamadun Barat? Dan ternyata, Islam menerusi ummatnya tidak dilihat pun dapat menyaingi kemajuan Barat tersebut. Malah, kita sentiasa mengekorinya saja. Jadi, bukankah kita hanya menumpang/menikmati kelebihan sains dari Barat, di mana Sains Islam tidak pun dapat menawarkan apa-apa teknologi yang menarik pada hari ini?
Kalau kita maksudkan teknologi secara umum yang terhasil semenjak 200 tahun yang lepas, ya, mungkin kita harus berterima kasih kepada barat. Tetapi sekiranya kita maksudkan dari segi variasi “teknologi sosial” semasa, maka jawapannya lain sedikit. Kita tidak perlu menafikan sumbangan ilmu barat dalam teknologi moden, namun apa yang penting ialah kita harus faham bahawa ilmu tersebut juga di asaskan atas ilmu yang diolah oleh tamadun sebelumnya terutamanya tamadun Islam. Kita ambil contoh, misalnya, teknologi unggul semasa iaitu komputer. Kebanyakan daripada kita menjangka bahawa idea pengkomputeran hanyalah berteraskan kepada idea yang dikemukakan oleh ahli falsafah matematik bernama Alan Turing pada awal abad ke-20. Apabila sejarah komputer di ambil kira pula, paling awal dicatatkan hanyalah nama-nama tokoh seperti Boole, dari segi perisian komputer, dan Charles Babage, dari segi perkakasan komputer. Namun, para ilmuwan mengakui bahawa antara teras teknologi komputer yang terpenting ialah konsep algoritma, dan ia telah diasaskan oleh al-Khuwarizmi. Bahkan konsep sifar, yang menjadi teras logik binari Boolean dan bahasa mesin komputer, juga diasaskan oleh al-Khuwarizmi. Bukan sahaja dalam perisian komputer bergantung kepada idea asas dalam tradisi ilmu Islam, sebahagian daripada idea perkakasan komputer yang sering hanya dikaitkan dengan Charles Babage itu sendiri dapat disasilahkan juga daripada mesin astrolab al-Battani abad ke-8 dan ke-9 masehi.
Walau pun demikian, sesuatu hakikat yang kurang diketahui umum ialah tentang kompleksiti hubungan antara sains dengan teknologi. Bahkan bukti ilmiah berulang kali merumuskan bahawa tidak adanya korelasi terus antara sains dan teknologi. Justeru itu, kemajuan teknologi sesuatu tamadun itu tidak semestinya bererti akibat kehebatan sainsnya. Bahkan dalam sejarah sains dan teknologi terdapat tamadun yang menghasilkan teknologi yang tinggi tanpa memperlihatkan kemajuan yang sama dalam sains mereka. Tamadun Roman, misalnya banyak merakamkan hasil teknologi yang tinggi berbanding sains mereka; sebaliknya tamadun Yunani pula mencatetkan kemajuan sains yang tinggi berbanding dengan teknologi mereka. Bahkan dalam sejarah teknologi moden telah terbukti banyak ledakan kemajuan teknologi yang terhasil tanpa bantuan atau hubungan terus dengan kemajuan sains. Hubungan kompleks antara sains dan teknologi tersebut memperingatkan kepada kita supaya berhati-hati dalam membuat sebarang hubungan mudah antara keduanya dalam konteks kemajuan budaya ilmu sesuatu tamadun.
Sesungguhnya hal tentang, “mengapa sains Islam tidak dapat menawarkan apa-apa hari ini?”, adalah lebih merupakan persoalan persepsi. Jawapan mudahnya jika ada, ialah tidak ada sains Islam dewasa ini, iaitu sains yang berteraskan kosmologi Islam serta metafizik Islam secara menyeluruh dan nyata, diamalkan secara aktif dan sepadu. Yang ada, ialah ilmuwan Islam yang mewacanakan ciri-ciri sains Islam sebagai sains alternatif dan mengamalkan sains moden pula, pendeknya, yang wujud kini ialah saintis beragama Islam. Walau pun kita akur ada usaha yang dilakukan secara terpencil di negara seperti Iran. Kita hanya boleh merasa lega sedikit dengan sains Islam apabila telah wujud satu universiti yang menjadikannya sebagai asas kurikulum dan penyelidikannya; atau wujud pasukan penyelidikan aktif dengan dana yang mencukupi; atau wujud penerbitan dan wacana dinamik terus menerus dalam konteks paradigma sains Islam. Soal mengapa sedikit sekali saintis beragama Islam memberi sumbangan kepada sains semasa, ada kaitannya dengan soal (i) kesediaan intelektual, (ii) keadaan ekonomi dan (iii) kekuatan politik umat Islam semasa. Hal ini perlu penelitian yang cermat dan sudah tentu memerlukan kupasan yang lebih panjang,
Kenapa kita sepertinya tidak pernah dengar terdapat sains yang cuba dikaitkan dengan agama, atau unsur-unsur kepercayaan lain. Mithalnya, tidak pernah kita mendengar adanya Sains Lao-Tze, Sains Budhha, Sains Hindu, atau Sains Zoroaster, dll. Bahkan, Barat tidak pula menamakan sains mereka yang hebat pada hari ini sebagai Sains Kristian. Tapi, Islam atau muslim umpamanya, begitu ‘istimewa’ dan ‘terhegeh-hegeh’ untuk melekatkan sains dengan agama. Jadi, mengapa sains perlu disandarkan kepada Islam, yang jelas sesuatu tindakan yang tidak dilakukan oleh agama dan kepercayaan lain?
Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang sejarah dan falsafah sains, atau sejarah idea, istilah-istilah sains Cina, sains Yunani, sains Mesir dan sepertinya biasa digunakan. Walaupun mungkin takrifan yang diberikan kepada istilah tersebut mungkin berbeza-beza, namun pada umumnya ia merujuk kepada ciri budaya fikir sains yang di amalkan secara meluas atau kosmologi sains dominan dalam tamadun-tamadun tersebut. Oleh itu, misalnya, Sains Cina merujuk kepada gagasan ilmu alam tabii yang berpremiskan kosmologi Cina, sama ada berasaskan ajaran Toaisme atau Konfusiusme, yang diamalkan oleh tamadun Cina ketika itu. Suatu hakikat sejarah yang tidak harus dilupakan ialah sains dalam tamadun-tamadun lepas adalah amat berbeza daripada sains sekular moden yang diamalkan kini; sains tamadun lampau diadun dalam simbolisme dan kosmologi kepercayaan semasa serta keagamaan yang dominan ketika itu.
Soal kenapa Barat tidak menamakan sains yang diamalkan kini sebagai sains kristian, ialah kerana sains barat semasa sememangnya berasaskan kosmologi sekular dan jelas bukan berteraskan kosmologi kristianiti. Namun, di Amerika Syarikat terdapat juga ahli sains yang cuba mengetengahkan Sains Kristian dan antara mazhab yang lebih dikenali ialah “Creationist Science.” Ahli sains daripada mazhab ini terutamanya menolak Teori Darwinian dalam Biologi moden dan juga asas kosmologi sekular sains moden. Hanya, suara mereka kerap terpinggir dan jarang kedengaran dalam wacana arus perdana sains moden.
Jawapan anologi mudah tentang keperluan umat Islam kepada sains Islam, adalah sama dengan keperluan umat Islam kepada ekonomi Islam, perundangan Islam, makanan Islam dan seumpamanya. Soal “orang lain tak buat mengapa kita harus ‘terhegeh-hegeh’ buat,” merupakan persoalan lain yang kurang relevan dengan teras wacana sains Islam. Namun, jawapan ringkas mengapa umat Islam terdahulu dan semasa peka tentang perlunya “sains Islam,” ada kaitannya dengan (i) epistemologi Islam, (ii) tuntutan ‘Iqra’ dan (iii) risalah Tawhid. Pendeknya, “keistimewaan” (meminjam istilah penyoal, dengan izin) sains Islam, berbanding dengan sains semasa atau yang lampau, ialah kerana ia berteraskan “kosmologi al-Quran.” Konsep- konsep asas tersebut harus difahami oleh setiap para ilmuwan Islam. Hal ini kerana konsep asas seperti itu adalah intipati dan pendorong utama sekitar wacana sains Islam. Sekiranya konsep itu kurang difahami maka wacana sains Islam akan menjadi sukar diikuti. Oleh sebab itulah kita lihat banyak salah faham semasa berlaku tentang hujah sekitar sains Islam terutamanya tentang kepentingannya kepada umat Islam semasa.
Dikatakan sains itu tidak bebas nilai. Tapi, apakah bezanya sains di Barat dengan sains yang difahami dalam Islam? Sebab, tiada nampak beza antara nombor “1″ dalam Islam dengan nombor “1″ dalam Barat? Begitu juga, apa bezanya fizik kuantum/geometri/anatomi-manusia di Barat, dengan fizik kuantum/geometri/ anatomi-manusia dalam Islam? Bukankah semua ilmu adalah sama di mana-mana, dan pada bila-bila masa?
Mereka yang mendakwa sains itu bebas nilai secara ilmiah adalah segelintir sahaja. Namun pandangan ini telah meresap dalam wacana arus perdana sains moden. Hanya pandangan “sains bebas nilai” itu sukar dipertahankan secara ilmiah terutamanya apabila kita merujuk kepada sejarah sains ataupun sejarah idea dalam tamadun sebelum abad ke-19 Eropah. Semua sains tamadun lampau jelas diresapi oleh nilai-nilai semasa. Pengalaman kita dengan sains sekular moden barat memang menjadi seseorang itu cenderung untuk mempercayai bahawa sains moden ialah bebas nilai dan bersifat universal. Tetapi kepercayaan seperti itu telah pun disangkal terutamanya oleh seorang ahli sains moden dan sejarah sains, Thomas Kuhn, dalam tulisan beliau “The Structure of Scientific Revolutions.” Pendeknya, menurut Kuhn, walaupun sains moden sekular kerap berpura-pura sebagai “bebas-nilai”, hakikatnya ialah ia tidak terlepas daripada pengaruh unsur-unsur nilai dan pengaruh faktor sosiologikal semasa.
Merujuk kepada contoh yang dikemukakan oleh pewawancara tentang persamaan nombor “1” sains barat sekular dan Islam. Jawapan ringkasnya, dari segi sifat simbol kuantitatifnya memang simbol tersebut membawa erti yang sama. Namun, simbol “1” atau “Ahad” dalam Islam juga membawa erti simbol Tawhid atau keEsaan Tuhan. Sekiranya konsep nombor dan simbolisme dalam sejarah intelektual Islam diteliti kita akan dapati bahawa terdapat penekanan yang ketara kepada keseiringan simbolisme kuantitatif dan kualitatif. Apa yang berlaku pada zaman Kebangkitan (Enlightenment) apabila budaya ilmu barat menyerap ilmu matematik Islam ialah, hanya elemen kuantitatif sahaja yang diserap dan dipupuk oleh barat. Sehubungan dengan itu, kita dapati hal yang sama berlaku apabila merujuk kepada bagaimana sains sekular melihat fenomena alam tabii sebagai hanya dimensi fizik, tanpa roh, dan tanpa unsur ghaib. Sains Islam pula merujuk fenomena yang sama sebagai sekurang-kurang terdiri daripada gabungan dua dimensi iaitu fizik dan metafizik. Oleh sebab itulah dalam epistemologi Islam, fenomena alam tabii kerap dirujuk sebagai “ayat” dan alam tabii pula sebagai “kitab terbuka” atau “al-Quran terbuka.”
Fizik kuantum, geometri dll dalam sains moden yang diamalkan di Eropah dan di negara Islam memangnya sama. Sains moden yang diamalkan oleh orang bukan Islam dan orang Islam jelas sama. Soalnya apakah mungkin ada perbezaan antara fizik, kimia, biologi dan matematik seperti dalam tradisi sains moden dengan apa yang mungkin yang terdapat dalam tradisi sains Islam? Berasaskan penjelasan yang terdahulu, walau pun, jawapan berikut buat masa ini hanyalah “akademik”, kita menjangkakan bahawa: (i) ada aspek sains tersebut yang sama terutamanya yang merujuk kepada unsur kuantitatif dan fizikal, (ii) juga, ada aspek teori sains yang ketara berbeza antara keduanya terutamanya apabila merujuk kepada unsur kualitatif, premis metafizikal dan kosmologikal. Dan,(iii) kita menjangkakan ada perubahan dalam penjelasan teori-teori tertentu tentang fenomena tabii alam mengikut perubahan masa, zaman dan tradisi ilmu semasa seperti yang diperlihatkan dalam sejarah sains barat dan juga sains Islam.
Definisi sains yang dikemukakan oleh Shaharir Mohamad Zain dalam Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains ialah, “sains berupa analisis fenomenon secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.” Jadi, adakah Pengislaman Ilmu bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan? Tapi, bukankah pula sukatan dan kaedah ilmu yang digunakan oleh sains dalam definisi tersebut paling disepakati oleh semua pihak, kerana Sains Barat ternyata sangat empirikal dan mudah dipercayai. Tidak begitu?
Definisi yang diketengahkan oleh Prof. Shaharir adalah generik yang sememangnya diterima dalam konteks sains moden dan serasi pula dengan epistemologi Islam. Kita dapati definisi di atas bukan sahaja merujuk kepada dimensi kaedah empirikal tetapi juga kaedah yang berteraskan rasio. Sepintas lalu definisi tersebut merujuk kepada penggunaan fakulti fizik dan fakulti akal sahaja, tetapi jika diteliti dengan rapi ia juga merujuk keperluan penggunaan mantik (perhatikan bahawa istilah mantik digunakan dan bukan logik) bagi menghasilkan ilmu yang boleh dipercayai. Kepercayaan yang dihasilkan melalui mantik adalah sangat dituntut dalam tradisi ilmu Islam, dan kita maklum bahawa dalam budaya ilmu Islam mantik dan kepercayaan adalah subjek fakulti naql dan bukan sekadar fakulti aql atau rasio sahaja. Hujah tersebut akan menjadi lebih jelas apabila sejarah mantik dalam tradisi Islam diteliti dan dibandingkan dengan sejarah logik dalam budaya ilmu barat. Seperti yang ditegaskan tadi, perbezaan ketara antara kedua-duanya bukan dari segi istilah sahaja tetapi juga konotasi yang dikandungi oleh istilah tersebut, dalam budaya ilmu Islam, mantik ialah subjek fakulti naql manakala dalam budaya barat logik adalah subjek fakulti rasio semata-mata. Oleh demikian definisi sains yang diketengahkan oleh Shaharir tersebut menuntut penggunaan ketiga-tiga fakulti secara holistik dan bukan hanya dua fakulti yang biasa diamalkan dalam tradisi sains moden sekular.
Tuduhan bahawa pengislaman Ilmu “bertujuan untuk memasukkan aspek-aspek metafizik, ketidakmantikan, dan diluar-kerasionalan” sebenarnya timbul daripada kekeliruan atau kurang pengetahuan tentang usaha tersebut. Pengislaman ilmu jika dirujuk kepada sains moden lebih menjurus kepada gagasan salah satu usaha berikut: (i) peningkatan kesedaran kepada kosmologi sains Islam berteraskan al-Quran (ii) menghidupkan budaya “iqra” (i.e. “membaca” alam tabii dalam konteks Ketuhanan), (iii) menggalakkan usaha memadankan penemuan baru, khususnya dalam teori fizik atau kosmologi moden, dengan konteks metafizik dan kosomologi Islam, dan (iv) menggalakkan penerbitan serta penyelidikan peringkat primer atau sekunder tentang persoalan alam tabii semasa daripada sudut kosmologi atau dengan premis Islam, dan (v) memperbanyakkan kupasan serta kajian sejarah idea sains yang lampau dan semasa daripada sudut historiografi sains Islam.
Jadi, apa yang boleh disumbangkan oleh Sains Islam kepada dunia keseluruhannya? Dan di mana kerugiannya jika kita melanggan Sains Barat?
Potensi sains Islam adalah banyak. Antara yang ketara ialah sumbangan dalam memperkayakan budaya intelektual semasa. Sumbangan ini boleh berlaku daripada tiga sudut asas: (i) epistemologi (ii) kosmologi dan (iii) etika profesional. Kita tahu bahawa sains barat telah pun dipasak oleh ketiga-tiga asas tersebut berteraskan paradigma dan falsafah sekularisme yang dimantapkan pada abad ke-19. Namun itu tidak bererti semuanya telah beres dan sempurna. Kekusutan dan kerapuhan sains moden amat dirasai bagi mereka yang mengikuti perbahasan, khususnya di peringkat falsafah sains atau di peringkat fizik teoretikal atau fizik kuantum. Sememangnya sukar bagi kita untuk memperincikan satu-persatu dengan tepat bagaimana sains Islam mampu mengatasi setiap permasalahan yang wujud dalam sains moden. Kita hanya mampu untuk menoleh kepada rakaman sejarah tentang episod yang pernah berlaku apabila budaya ilmu Islam membuat sumbangan kepada barat. Sejarah telah merakamkan dengan jelas bagaimana sains barat kuno telah diperkayakan oleh sains Islam klasikal sehingga mampu mencetuskan kebangkitan budaya ilmu sains barat yang kemudiannya melahirkan sains moden semasa. Hakikat ini di akui oleh ilmuwan dari pelbagai pihak, sama ada Islam atau yang bukan, dan banyak penulisan telah terhasil daripada penelitian tentang episod tersebut. Namun sama ada sains Islam moden boleh menjadi kenyataan dan mampu mengulangi kembali apa yang pernah dilakukan oleh sains Islam klasikal adalah suatu persoalan yang amat menarik. Saya percaya kemungkinan ia menjadi kenyataan suatu hari nanti adalah pasti. Mungkin apa yang pasti buat waktu ini ialah sekiranya sains Islam, atau sains yang berteraskan kosmologi al-Quran menjadi sains arus perdana beberapa persoalan dan kekusutan asas dalam sains moden pasti dapat dihuraikan.
Dalam huraian kita pada awal wawancara ini, telah dijelaskan bahawa sains barat hanya menekankan dimensi empirikal, kuantitatif dan rasional sahaja. Oleh demikian penghuraian fenomena alam tabii oleh sains moden hanyalah terhad kepada sudut tersebut sahaja. Namun begitu kita dapati kosmologi moden dan fizik semasa cenderung untuk mencari jawapan kepada persoalan asas dan persoalan yang biasanya dianggap berada dalam dimensi metafizik. Misalnya, soal tentang apa yang berlaku pada detik alam mula tercipta, apakah unsur paling asas, dan bagaimana manusia mula wujud, merupakan antara gagasan persoalan asas tersebut. Apakah sains moden akan mampu memberi jawapan kepada persoalan seperti itu, terutamanya jawapan yang serasi dengan jiwa Muslim, dengan hanya menggunakan kaedah sains sekular, menjadi suatu tanda tanya besar. Namun, hakikatnya kita tahu bahawa menjelang awal abad ke-21 budaya ilmu barat sudah pun mengeluh. Alex Schiller, misalnya dalam artikel beliau “A History of Western Civilisation” yang ditulis menjelang abad ke-21, telah menyenaraikan penemuan asas utama budaya ilmu barat. Mengikut beliau, antara penemuan terpenting ialah (i) penemuan Darwin tentang manusia sebagai salah satu spesis haiwan, (ii) Freud mendapati manusia semuanya kurang siuman dan gila seks, dan (iii) tidak ada kebenaran mutlak, yang ada ialah kebenaran sains yang bersifat relatif, sementara dan berubah-ubah.
Pendeknya, mengikut Schiller, budaya ilmu barat menjelang abad ke-21 hanya mampu merumuskan bahawa manusia tidak ada identiti hakiki, tidak ada roh, serta tidak ada kebenaran di samping tidak perlu kepada keimanan pada Tuhan dan akhirat. Pada akhir pengamatan tersebut beliau meluahkan kekesalan dengan ungkapan berikut … “macam mana kita boleh sampai di tahap kegilaan seperti ini?.” Keluhan tentang krisis dalam budaya ilmu barat telah juga dibayangkan lebih awal oleh T.S. Eliot melalui satu puisi: Where is the Wisdom we have lost in Knowledge? Where is the knowledge we have lost in Information? Alas, Where is the life we lost in living?
Akhir sekali, apa halangan yang maseh wujud dalam memperkasakan lagi gagasan Pengislaman Ilmu ini?
Seperti yang saya sebutkan awal tadi bahawa kita harap suatu hari nanti akan wujud universiti-universiti yang menjadikan sains Islam sebagai asas kurikulum dan pengajarannya, lengkap dengan barisan profesor serta pasukan penyelidikan aktif yang disokong melalui dana yang mencukupi, di sambut dengan penghasilan penerbitan dan wacana dinamik yang terus menerus. Namun kita sedar sebelum kita dapat melihat itu semua sebagai kenyataan sains Islam harus mengharungi banyak halangan dan cabaran. Antara cabaran yang harus diharungi ialah (i) halangan intelektual, (ii) halangan kepakaran, (iii) halangan tenaga, (iv) halangan prasarana, (v) halangan dana, dan (vi) halangan politik.
Jawapan kepada soalan (i) dan (ii) telah saya ringkaskan dalam awal wawancara ini. Jawapan yang lebih panjang telah saya buat dalam tulisan saya terdahulu, misalnya dalam tulisan saya “Daripada Sains Yunani kepada Sains Islam” dan sepertinya. Manakala penjelasan tentang persoalan (iii) hingga (vi) memerlukan jawapan yang agak panjang. Saya khuatir tidak mampu berlaku adil dalam memberi jawapan kepada persoalan tersebut pada kesempatan kali ini. Namun persoalan yang sama telah saya cuba huraikan dalam beberapa tulisan dan buku saya sebelum ini. Oleh itu buat kali ini izinkan saya mengesyorkan agar huraian saya tersebut dirujuk kembali, misalnya dalam buku berjudul “Retorik Sains dan Teknologi di Malaysia.”
Terima kasih dan Jazakallah khairan kathira.

Mengenal Syed Muhammad Naquib al-Attas : Pemikiran dan Sumbangannya selama 3 dekade

FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS: Satu Huraian Konsep Asli Islamisasi. Oleh: Wan Mohd Nor Wan Daud. Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 2005. xii+404 halaman, indeks: 397-404. ISBN: 983-100-241-5.

Syed Muhammad Naquib al-Attas diakui sebagai sarjana ulung dan pemikir Muslim yang telah memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Islam kontemporari dan pendidikan Islam. Idea dan pandangan beliau sering menjadi rujukan bukan saja oleh golongan mahasiswa tetapi juga oleh sebahagian besar para pakar dan cendekiawan pada hari ini. Ketokohan al-Attas ini, bukan sekedar disebabkan oleh kelangkaan titel Ph.D. yang diperolehinya pada tahun 1960an dari SOAS (School of Oriental and African Studies), Universiti London, tetapi ketokohan beliau sebenarnya adalah disebabkan oleh kemantapan pemikiran beliau dan pengalaman luas dalam dunia akademik dan intelektual.

Pengalaman sebagai Profesor tamu di Universiti Temple; menjadi pemegang pertama Kursi Tun Abdul Razak untuk Pengajian Asia Tenggara di Universiti Ohio; peranan beliau dalam penubuhan beberapa institusi pendidikan di Malaysia; beliau jega telah membentangkan lebih 400 makalah ilmiah pada seminar dan konferensi antarabangsa; sebagai pencetus idea-idea besar semua ini telah mengangkat nama beliau setanding bahkan par excellence dengan pemikir-pemikir besar kontemporari.

Menyedari hal ini maka mengkaji pemikiran beliau menjadi suatu kemestian bagi sesiapa yang ingin mendalami pemikiran Islam dan pendidikan Islam. Kini dengan kemunculan buku Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bahasa Malaysia ini masyarakat luas akan dapat membaca hasil buah fikiran al-Attas dengan lebih mudah. Buku ini pertama kali diterbitkan oleh ISTAC pada tahun 1998, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Penerbit Mizan pada tahun 2004, dan kini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Malaysia dan dicetak kembali oleh Penerbit Universiti Malaya.

Penulis buku ini, Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, yang dahulunya merupakan orang kanan al-Attas dalam mentadbir ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) mengatakan bahawa al-Attas menyumbangkan tiga di antara penemuan ilmiah terpenting di Dunia Islam yang sangat berpotensi mempengaruhi perjalanan kehidupan umat Islam secara mendalam dan menyeluruh. Sumbangan besar al-Attas ini ialah: Pertama, bahawa masalah terpenting yang dihadapi oleh umat Islam kini ialah masalah ilmu pengetahuan; kedua, ilmu pengetahuan moden tidak neutral kerana dipengaruhi oleh pandangan keagamaan, kebudayaan, dan falsafah, yang mencerminkan kesedaran dan pengalaman manusia Barat; dan ketiga, umat Islam, oleh sebab itu, perlu mengislamkan ilmu pengetahuan masa ini dengan mengislamkan simbol-simbol linguistik tentang hakikat dan kebenaran (hlm. 259).

Pendirian al-Attas mengenai permasalahan ummat cukup jelas sejak tahun 70an lagi, dalam surat jawapan beliau kepada Sekretariat Islam di Jeddah beliau menyatakan bahawa permasalahan yang berasal daripada kemunduran ekonomi, sains, dan teknologi hanyalah sesuatu yang bersifat luaran, cerminan daripada masalah ilmu pengetahuan yang mendasar (hlm. 268).

Buku yang pengulas percaya telah banyak menyita masa dan tenaga penulisnya ini, mempersembahkan pemikiran al-Attas secara panjang lebar dengan membahagikannya kepada tujuh bab. Bab pertama membahas tentang pandangan metafizika mengenai wujud dan kewujudan (hlm. 29-49). Bab kedua membahas konsep ilmu dan cara mencapainya (hlm. 61-96). Bab ketiga membahas makna dan tujuan pendidikan (hlm. 109-135). Bab keempat membincangkan idea dan realiti universiti Islam (hlm. 151-184). Bab kelima membicarakan kurikulum dan kaedah pendidikan (hlm. 201-243). Bab keenam membincangkan Islamisasi ilmu pengetahuan semasa: teori dan amalan (hlm. 259-307). Dan bab ketujuh membahas respons terhadap Islamisasi ilmu pengetahuan semasa (hlm. 327-359).

Al-Attas dikenali sebagai pemikir yang lantang memperjuangkan perlunya penggunaan istilah yang tepat. Ini kerana penggunaan istilah yang salah sangat berpengaruh kepada minda masyarakat. Lebih dari itu, al-Attas juga dikenal dengan pandangan-pandangan kritis beliau untuk memperbetulkan pemahaman umat Islam terhadap konsep-konsep penting dalam Islam. Beliau menolak penterjemahan sekularisme kepada ‘ilmaniyyah atau ‘almaniyyah dalam bahasa Arab. Beliau memberi gagasan universiti Islam (jami‘ah-kulliyyah) dan berkeras agar worldview/weltanschauung diterjemahkan kepada ru’yat al-Islam li al-wujud dan bukan naÐrat al-Islam li al-kawn. beliau memperkenalkan konsep ta’dib sebagai konsep yang tepat dalam pendidikan Islam (hlm.360).

Akar permasalahan intelektual ummat Islam adalah kekeliruan mereka memahami sejumlah kata kunci seperti pandangan alam, agama, Allah s.w.t., ilmu pengetahuan, pendidikan, kebahagiaan, keadilan, kebijaksanaan, pembangunan dsb.(hlm. 84). Oleh kerananya, menurut beliau, perpecahan dapat diselesaikan apabila terdapat kesatuan pemahaman di antara sarjana Muslim tentang idea dan konsep fundamental yang berkaitan dengan agama Islam dan peradaban ummat (hlm. 84). Analisis yang dilakukan oleh al-Attas ini memang sangat penting khususnya pada hari ini kita lihat kekeliruan dan penyelewengan dalam memahami Islam seringkali berpunca daripada perbezaan dalam memahami konsep-konsep penting dalam Islam seperti: ilmu, agama, epistemologi menurut Islam.

Sebagai seorang pendukung aliran tradisionalisme, al-Attas jelas berpegang kepada tradisi sufi yang mengakar dari sejak al-Junayd (m. 910) dan al-Ghazzali (m. 1111) sehingga Hamzah Fansuri (m. 1600) dan al-Raniri (m. 1658). Membaca pemikiran Sufi al-Attas, dapat dipastikan bahawa tradisi Sufi yang beliau fahami tidak sama dengan tasawwuf yang difahami oleh masyarakat pada hari ini. Bagi al-Attas, tasawwuf adalah amalan Shari‘ah dalam maqam iÍsan. (hlm. 33).

Namun demikian al-Attas menggariskan perbezaan di antara pseudo-sufi, sufi yang jahil dan sufi cendekiawan. Beliau menyelar sebagian penulis yang memukul rata tasawwuf, kerana tasawwuf dan sufisme selalu disalahfahami. Baginya ajaran para pseudo-sufi, seperti para sofis (sufasta’iyyah) dan kelompok wujudiyyah itu bukan sufi yang sebenar. Begitu juga kelompok sufi yang jahil. Sufi yang benar, bagi al-Attas, mengakui bahawa agama terdiri daripada aspek-aspek yang mapan (seperti Syari‘ah) dan yang kabur (hakikat). Yang kabur didasarkan pada kebenaran yang jelas daripada aspek-aspek yang mapan.

Al-Attas mengatakan bahawa Islamisasi alam Melayu telah melalui dua fasa: fasa sebelum Hamzah Fansuri adalah fasa pertama, di mana peranan fiqih sangat dominan dalam mengamalkan Islam. Dan fasa kedua setelah Hamzah Fansuri yang ditandai dengan pengaruh tasawuf dan kalam (hlm. 260-261). Pembahagian fasa ini tidak bermaksud memisahkan kedua bidang ilmu melainkan sekedar menunjukkan proses kematangan dalam beragama. Pemahaman murni al-Attas terhadap sufisme membawa beliau kepada kesimpulan bahawa falsafah sufisme merupakan penghebatan proses Islamisasi. Tesis ini bertentangan dengan tesis Izutsu yang menilai metafizika dan ontologi sufi terlalu bebas dan sewenang-wenang (hlm. 283)

Mengenai epistemologi Islam, khususnya definisi ilmu dalam worldview Islam, al-Attas menjelaskan bahawa mendefinisikan ilmu secara hadd adalah mustahil, ilmu hanya dapat didefinisikan dengan tepat secara rasm (deskriptif) (hlm. 85). Dalam hal ini, beliau mengetengahkan definisi yang diberikan oleh al-Tahanawi (Kashshaf IÎtilaÍat al-Funun) dan al-Jurjani (Kitab al-Ta'rifat) dan menolak pandangan ulama lain yang menggunakan pendekatan hadd dalam pendefinisian mereka. Bagi al-Attas ilmu adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek daripada keupayaan spiritual manusia.

Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang dianugerahkan ilmu yang betul.

Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan pendefinisian ilmu secara deskriptif ke dalam dua bahagian. Pertama, sebagai sesuatu yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu (husul surat al-shay’ fi al-‘aql); kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat diberikan sebagai tibanya jiwa pada makna sesuatu objek ilmu. (wusul al-nafs ila ma‘na al-shay’)(hlm. 87).

Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekedar pengumpulan maklumat dan fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak membawanya kepada hidayah dan jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekedar pengumpul maklumat.

Berlawanan dengan kecenderungan falsafah Barat dan golongan modenis dan liberal, bagi al-Attas, objek ilmu, bukanlah khayalan manusia, ia benar-benar wujud, berdiri sendiri. Ia disebut haqiqah dan huwiyyah sekaligus. Untuk memiliki makna yang benar makna yang diperoleh harus sepadu dengan unit-unit konsep lainnya yang terdapat dalam sistem konseptual al-Qur’an (hlm. 89). Di sinilah pentingnya seseorang yang ingin memahami hakikat sesuatu mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap al-Qur’an.

Pengaruh pemikiran al-Attas terhadap pemikiran Islam masa kini cukup besar, di Malaysia khususnya beliau telah berjasa dalam menggembleng generasi muda yang kini sangat berpengaruh seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), GAPIM (Gabungan Penulis Islam Malaysia), dan ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia). Beliau adalah pengasas dan penggubal konsep keislaman di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bahkan mereka bentuk logo UKM (hlm. 266). Beliau juga yang mengusahakan terbentuknya Fakulti Pengajian Islam sebelum menubuhkan dan mengetuai IBKKM (Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu) yang pada hari ini telah bertukar menjadi ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu) (hlm. 268).

Pengaruh al-Attas terhadap tokoh-tokoh masyarakat hari ini juga amat besar. Penglibatan al-Attas dalam pendidikan negara di peringkat pengajian tinggi, bahkan sumbangan beliau dalam mengasaskan banyak institusi dalam universiti tempatan pada peringkat awal penubuhannya tentu dengan sendirinya mengangkat beliau sebagai Guru Bangsa. Ini dapat dilihat dengan baik apabila kita selidik kembali tokoh-tokoh ilmuwan yang muncul sekarang kebanyakannya adalah bekas murid al-Attas. Khususnya ilmuwan yang berkecimpung dalam bidang pemikiran Islam dan pengajian Melayu. Tokoh-tokoh terkenal hari ini seperti Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, Prof. Dr. Osman Bakar merupakan bekas murid beliau (hlm.15).

Al-Attas berjaya membuktikan, sekurang-kurangnya kepada golongan yang memperlekehkan sumbangan golongan intelektual sebagai tidak penting berbanding sumbangan dalam bidang politik dan ekonomi. Idea-idea beliau yang berwibawa dan usaha gigih beliau yang berterusan, sehingga terbinanya ISTAC, adalah membuktikan keberkesanan pandangan beliau dalam mengatasi kebingungan dan kekacauan pemikiran. Atas dasar ini, masyarakat perlu diberikan kefahaman yang betul dalam usaha mereka menjadi terbilang dalam pelbagai lapangan kehidupan. Bukan menjadi ajang percubaan kerana harga yang terpaksa dibayar akibat miskonsepsi mengenai konsep pendidikan, pembangunan dan kebudayaan adalah terlalu mahal.

Bagi al-Attas, Islamisasi adalah sebuah “revolusi epistemologi” dan harapan untuk merealisasikan kebangkitan Islam. Konsep Islamisasi menjadi tumpuan minda dan jiwa beliau semenjak sekian lama sebelum tertuang menjadi gagasan besar. Konsep Islamisasi ini pernah dibicarakan oleh sarjana-sarjana ulung lain seperti Seyyed Hossein Nasr (hlm. 338) dan Fazlur Rahman (hlm. 342), Namun penggunaan terma Islamisasi yang dipakai oleh sarjana-sarjana tersebut dilakukan bukan berangkat daripada kajian epistemologis. Oleh karenanya gagasan Islamisasi sebelum al-Attas adalah gagasan yang tidak konkrit. Islamisasi yang dimaksudkan al-Attas bukan sekedar merubah disiplin ilmu, ia adalah Islamisasi fikiran, jiwa dan raga serta kesan-kesannya terhadap kehidupan manusia. Dan ini direalisasikan dengan beberapa cara di antaranya Islamisasi istilah dan konsep kunci yang menjadi agenda penting dalam pemikiran beliau.

Islamisasi berangkat dari beberapa premis yang mapan. Dalam buku Risalah untuk Kaum Muslimin yang ditulis oleh beliau pada tahun 1973, al-Attas telah menjelaskan berbezaan yang luas dan mendalam antara Islam dengan Barat dilihat dari aspek keagamaan, epistemologis, pendidikan dan budaya. Melalui analisis mendalam tentang worldview Barat ini beliau berkesimpulan bahawa ilmu itu benar-benar tidak bebas nilai (neutral). Ini kerana ilmu yang dikuasai oleh Barat pada hari ini telah diresapi nilai keagamaan dan kebudayaan pandangan hidup seseorang, dan budaya berkuasa yang mengajukannya (hlm. 269).

Melalui analisis bidang semantik yang menjadi metodologi kajiannya, al-Attas telah merumuskan bahawa Islamisasi di alam Melayu telah berlaku melalui pengislaman istilah dan konsep kunci dengan demikian ia kemudian merubah atau mengislamisasikan pandangan alam bangsa Melayu-Indonesia (hlm. 261).

Al-Attas menjelaskan bahawa ilmu pengetahuan kontemporari adalah produk daripada kerangka intelektual peradaban Barat yang didasarkan kepada: (a) meletakkan akal semata-mata untuk membimbing manusia mengharungi kehidupan (rasionalisme). (b) konsep dualisme yang meliputi hakikat dan kebenaran. (c) ideologi sekular. (d) Doktrin humanisme. (e) Konsep tragedi (hlm. 272). Menyedari pengaruh sekularisme terhadap masyarakat Barat dan besarnya kesan sekularisasi terhadap dunia hari ini, maka apa yang perlu dilakukan oleh cendekiawan Muslim sebagai tindak balas adalah desekularisasi (menyah-sekularisasikan). Oleh yang demikian, al-Attas selalu menterjemahkan Islamisasi sebagai proses desekularisasi. Walaubagaimanapun, tumpuan proses Islamisasi bagi al-Attas adalah individu dan bukannya umat seperti yang ditekankan oleh al-Faruqi dalam konsep Islamisasinya.

Setelah melihat penjelasan yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa Profesor Wan Mohd Nor telah berjaya membuktikan bahawa konsep Islamisasi adalah idea asli al-Attas. Konsep yang juga dikongsi oleh al-Faruqi dari IIIT ternyata memberikan respon yang tidak memberangsangkan. Namun demikian al-Faruqi boleh dikatakan cendekiawan ulung yang telah berjaya mempopulerkan idea Islamisasi ilmu pengetahuan sehingga menjadi concern para cendekiawan lainnya. Pendekatan yang berbeza antara al-Attas dan al-Faruqi dalam menkonseptualisasikan Islamisasi ilmu pengetahuan kontemporari tidak perlu diperbesar-besarkan. Apa yang penting keduanya ikhlas dan bersungguh-sungguh memikirkan jalan keluar bagi kegentingan umat Islam. Pendekatan al-Attas yang lebih sistematik boleh dianggap pelengkap bagi pendekatan al-Faruqi yang lebih menekankan pada disiplin ilmu.

Di sebalik penulisan yang sophisticated dan kematangan pemikiran yang ditumpahkan ke dalam buku ini, terdapat beberapa kesilapan ejaan dan teknikal yang sedikit mencacatkan penerbitan buku ini, ini menunjukkan tetap adanya kelemahan manusia yang jauh daripada kesempurnaan. Namun ia masih boleh diperbaiki untuk penerbitan seterusnya. Kesilapan ejaan seperti: kereta ditulis kereka (hlm.129), rubah ditulis dengan ejaan lama robah (hlm. 97). Ejaan Indonesia ada yang masih belum dirubah seperti dualistis (hlm. 54) persaudaraan diertikan dalam bahasa Arab sebagai ikhwah bukan ukhuwwah (hlm. 278) begitu juga kehormatan diertikan sebagai muruwwah yang sepatutnya muru’ah (hlm. 278). Tidak mengambil ilmu sepatutnya makna dari la yaqbidu (menggunakan huruf qaf ) bukan la yaghbidhu (hlm. 270).

Boleh dikatakan bahawa buku ini merupakan rumusan daripada pemikiran Al-Attas selama lebih tiga dekad yang sebenarnya merupakan keperihatinan beliau terhadap aspek pendidikan dan pemikiran ummat Islam. Sumbangan beliau amat bermakna dalam mencorakkan pemikiran Islam yang sejati. Di samping juga menjadi senjata yang cukup ampuh untuk melawan segala bentuk penyelewengan terhadap Islam. Asas-asas epistemologi yang telah beliau bina boleh menjadi fondasi yang kuat untuk menentang arus liberalisasi dan dekonstruksi Islam pada hari ini.

Sangat ketara sekali bahawa pemikiran al-Attas telah memberi kesan yang mendalam pada jiwa penulis. Kata-kata di bawah ini menarik untuk dicermati: “Persoalan kita bukanlah pada kurangnya sumber-sumber kewangan, material, spiritual, dan intelektual, melainkan yang lebih penting adalah keengganan kita untuk meletakkan setiap sumber yang kita miliki pada tempatnya yang benar dan tepat”(hlm. viii).

Megaproyek Islamisasi Peradaban
(republika.co.id)


Menjadikan peradaban Islam kembali hidup dan memiliki pengaruh yang mewarnai peradaban global umat manusia adalah salah satu gagasan dan proyek besar cendekiawan ini. Seluruh hidupnya, ia persembahkan bagi upaya-upaya revitalisasi peradaban Islam, agar nilai-nilai yang di masa lalu dapat membumi dan menjadi 'ikon' kebanggaan umat Islam, dapat menjelma dalam setiap lini kehidupan kaum Muslim sekarang ini.

Seluruh daya upaya itu telah dan terus dilakukan oleh Syed Naquib Al-Attas, intelektual yang di masa kini menjadi salah satu menara keilmuan Islam modern. Proyek besarnya itu dikemasnya dalam 'Islamisasi Ilmu Pengetahuan' melalui lembaga pendidikan yang ia dirikan, yakni International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur, Malaysia.

Guru Besar dalam bidang studi Islam di ISTAC-IIUM Kuala Lumpur ini lahir di Bogor, Indonesia, pada 5 September 1931. Moyang Naquib berasal dari Hadramaut (keturunan Arab Yaman). Dari garis ibu, Naquib keturunan Sunda, sekaligus memperoleh pendidikan Islam di kota Hujan itu. Sementara dari jalur ayah, ia mendapatkan pendidikan kesusastraan, bahasa, dan budaya Melayu. Ayahnya yang masih keturunan bangsawan Johor itu, membuat Naquib memiliki banyak perhatian tentang budaya Melayu sejak muda. Tampaknya kedua orang tuanya ingin Naquib kecil mendalami ilmu di negeri jiran, Malysia. Lantaran itu, sejak usia 5 tahun, Naquib dikirim menetap di Malaysia. Di sinilah ia mendapatkan pendidikan dasarnya di Ngee Heng Primary School.

Namun, sejak Jepang menduduki Malaya pada pertengahan 40-an, Naquib kembali ke Indonesia dan melanjutkan pendidikan menengahnya di Madrasah Urwatul Wutsqa, Sukabumi. Ia tamat sekolah atas, dan kembali ke Malaysia. Naquib sempat bergabung dengan dinas ketentaraan negeri itu, dan sempat pula dikirim untuk belajar di Royal Military Academy, Inggris.

Namun pada 1957, ia keluar dari militer dan melanjutkan studi di University Malaya. Selanjutnya, ia mengambil studi Islam di McGill University, Montreal, Kanada hingga meraih gelar master. Sementara strata doktoralnya ia raih dari School of Oriental and Africa Studies, University of London (1965). Ia lantas kembali ke Malaysia dan pernah memegang beberapa jabatan penting, antara lain Ketua Jurusan Kajian Melayu, University Malaya (UM).

Naquib sempat menjadi perhatian publik intelektual Malaysia dan mendapat tentangan keras beberapa kalangan ketika ia mengusulkan agar bahasa Melayu menjadi bahasa resmi pengantar di sekolah. Saat itu, bahasa resmi pengantar adalah Bahasa Inggris.

Ia juga menentang keras penghapusan pengajaran bahasa Melayu-Jawi (yang ditulis dengan huruf Arab) di sekolah-sekolah dasar dan lanjutan. Kini, sistem tersebut masih diberlakukan di negeri jiran tersebut. Naquib memang memberi perhatian besar pada bahasa dan budaya Melayu. Ia ingin putra bumi (pribumi) benar-benar terdidik sehingga tidak menjadi obyek dari penjajahan kultural dunia Barat.

Selain itu, Naquib amat memberi perhatian besar pada bidang pendidikan Islam. Pada Konferensi Dunia Pertama Pendidikan Islam di Makkah, 1977, ia mengungkapkan konsep pendidikan Islam dalam bentuk universitas. Respons bagus muncul dan ditindaklanjuti oleh Organisasi Konferensi Islam (OKI) yang menjadi sponsor pendirian Universitas Islam Internasional (IIU) Malaysia pada 1984.

Tak hanya berhenti di situ, Naquib juga mendirikan ISTAC, lembaga pendidikan Islam yang dimaksudkan untuk merevitalisasi nilai-nilai peradaban Islam dan islamisasi ilmu pengetahuan. Lembaga ini sempat menjadi perhatian publik intelektual internasional dan dipandang sebagai salah satu pusat pendidikan Islam terpandang. Sayangnya, akibat tragedi 11 September 2001, pemerintah Malaysia bersikap berlebihan dan mencurigai beberapa pengajar sebagai pengembang gerakan Islam.

Akibatnya pemerintah negeri itu mengeluarkan keputusan menggabungkan ISTAC ke dalam UM, sebagai salah satu departemen tersendiri, dan tak lagi sebagai lembaga pendidikan Islam independen. Atas berbagai prestasinya itu, Naquib meraih banyak penghargaan internasional. Di antaranya, Al-Ghazali Chair of Islamic Thought.

Sebagai intelektual dan ilmuwan Muslim yang sangat dihormati dan berpengaruh, Selama ini Naquib dikenal sebagai pakar di bidang filsafat, teologi, dan metafisika. Gagasannya di sekitar revitalisasi nilai-nilai keislaman, khususnya dalam bidang pendidikan, tak jarang membuat banyak kalangan terperanjat lantaran konsep yang digagasnya dinilai baru dan karena itu mengundang kontroversi.

Salah satu konsep pendidikan yang dilontarkan Naquib, seperti ditulis dalam The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1998) yang telah di-Indonesiakan oleh Mizan (2003), yaitu mengenai ta'dib. Dalam pandangan Naquib, masalah mendasar dalam pendidikan Islam selama ini adalah hilangnya nilai-nilai adab (etika) dalam arti luas. Hal ini terjadi, kata Naquib, disebabkan kerancuan dalam memahami konsep tarbiyah, ta'lim, dan ta'dib.

Naquib cenderung lebih memakai ta'dib daripada istilah tarbiyah maupun ta'lim. Baginya, alasan mendasar memakai istilah ta'dib adalah, karena adab berkaitan erat dengan ilmu. Ilmu tidak bisa diajarkan dan ditularkan kepada anak didik kecuali orang tersebut memiliki adab yang tepat terhadap ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Sementara, bila dicermati lebih mendalam, jika konsep pendidikan Islam hanya terbatas pada tarbiyah atau ta'lim ini, telah dirasuki oleh pandangan hidup Barat yang melandaskan nilai-nilai dualisme, sekularisme, humanisme, dan sofisme sehingga nilai-nilai adab semakin menjadi kabur dan semakin jauh dari nilai-nilai hikmah ilahiyah. Kekaburan makna adab atau kehancuran adab itu, dalam pandangan Naquib, menjadi sebab utama dari kezaliman, kebodohan, dan kegilaan.

Dalam masa sekarang ini, lazim diketahui bahwa salah satu kemunduran umat Islam adalah di bidang pendidikan. Dari konsep ta'dib seperti dijelaskan di atas, akan ditemukan problem mendasar kemunduran pendidikan umat Islam. Probelm itu tidak terkait masalah buta huruf, melainkan berhubungan dengan ilmu pengetahuan yang disalahartikan, bertumpang tindih, atau diporakporanndakan oleh pandangan hidup sekular (Barat).

Akibatnya, makna ilmu itu sendiri telah bergeser jauh dari makna hakiki dalam Islam. Fatalnya lagi, ini semua kemudian menjadi 'dalang' dari berbagai tindakan korup (merusak) dan kekerasan juga kebodohan. Lahir kemudian pada pemimpin yang tak lagi mengindahkan adab, pengetahuan, dan nilai-nilai positif lainnya. Untuk itulah, dalam amatan Naquib, semua kenyataan ini harus segera disudahi dengan kembali membenahi konsep dan sistem pendidikan Islam yang dijalankan selama ini.

Pada sisi lain, Naquib berpendapat bahwa untuk penanaman nilai-nilai spiritual, termasuk spiritual intelligent dalam pendidikan Islam, ia menekankan pentingnya pengajaran ilmu fardhu ain. Yakni, ilmu pengetahuan yang menekankan dimensi ketuhanan, intensifikasi hubungan manusia-Tuhan dan manusia-manusia, serta nilai-nilai moralitas lainnya yang membentuk cara pandang murid terhadap kehidupan dan alam semesta. Bagi Naquib, adanya dikotomi ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah tidak perlu diperdebatkan. Tetapi, pembagian tersebut harus dipandang dalam perspektif integral atau tauhid, yakni ilmu fardhu ain sebagai asas dan rujukan bagi ilmu fardhu kifayah.

Berkaitan dengan islamisasi ilmu pengetahuan, sosok Naquib amat mencemaskan perkembangan ilmu pengetahuan modern. Sosok ini termasuk orang pertama yang menyerukan pentingnya islamisasi "ilmu". Dalam salah satu makalahnya, seperti ditulis Ensiklopedi of Islam, Naquib menjelaskan bahwa "masalah ilmu" terutama berhubungan dengan epistemologi. Masalah ini muncul ketika sains modern diterima di negara-negara muslim modern, di saat kesadaran epistemologis Muslim amat lemah.

Adanya anggapan bahwa sains modern adalah satu-satunya cabang ilmu yang otoritatif segera melemahkan pandangan Islam mengenai ilmu. Naquib menolak posisi sains modern sebagai sumber pencapaian kebenaran yang paling otoritatif dalam kaitannya dengan epistemologis, karena banyak kebenaran agama yang tak dapat dicapai oleh sains yang hanya berhubungan dengan realitas empirik. Pada tingkat dan pemaknaan seperti ini, sains bertentangan dengan agama. Baginya, dalam proses pembalikan kesadaran epistemologis ini, program islamisasi menjadi satu bagian kecil dari upaya besar pemecahan "masalah ilmu."

Naquib, seperti disinggung di atas, juga memberi perhatian besar pada nilai-nilai Melayu. Pemikir ini berpendapat, jati diri Melayu tak terpisahkan dengan Islam. Bahkan menurutnya, kemelayuan itu dibentuk oleh Islam. Bukti-bukti yang diajukannya bukan berdasarkan peninggalan-peninggalan fisik, tapi terutama berkaitan dengan pandangan dunia orang melayu.

Ia berpandangan, dakwah Islam datang ke wilayah Melayu sebagai "Islamisasi". Proses ini, ujarnya, berjalan dalam tiga periode dan tahap yang serupa dengan ketika Islam mempengaruhi Abad Pertengahn Eropa. Segenap apa yang dilakukan Naquib jelas menunjukkan komitmennya tentang upaya peradaban Islam tampil kembali ke permukaan dan mewarnai kancah pergaulan.

Hingga kini, Naquib masih terus menulis. Ia tergolong intelektual yang produktif. Puluhan buku telah ia tulis, antara lain: Rangkaian Ruba'iyat; Some Aspects of Shufism as Understood and Practised Among the Malays; Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh; The Origin of the Malay Sya'ir; Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the Malay-Indonesia Archipelago.

Selain itu, ia juga menulis Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu; Risalah untuk Kaum Muslimin; Islam, Paham Agama dan Asas Akhlak; Islam and Secularism; The Concept of Education in Islam; The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul; dan The Meaning and Experience of Happiness in Islam.

Sebagian dari karyanya tersebut telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, seperti Inggris, Arab, Persia, dan Indonesia. Di usianya yang uzur kini, pemikir yang banyak pengaruhnya dalam kancah intelektualisme kontemporer ini terus aktif merealisasikan gagasan dan pemikirannya melalui lembaga ISTAC. (republika.co.id)


SYED MUHAMMAD NAQUIB AL ATTAS

Pendekar Sejarah Melayu-lndonesia
Begitulah Prof Alatas memulai karyanya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Monografnya ini, meski ttdak tebal, adalah salah satu karya yang serius dalam membongkar perjalanan sejarah Islam di Indo-nesia-Melayu. Alatas mem-bongkar-bongkar perpustakaan-perpustakaan antara lain perpustakaan di Leiden, Oxford, Jakarta dan Kuala Lumpur sebelum menuliskannya.
Buku ini adalah karya tulis yang dipersembahkannya kepada para intelektual bertepatan dengan pelantikannya sebagai guru besar (Profesor) Sastra Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 24 Januari 1973. Di sini Alatas menguliti dengan tajam dan ilmiah rekayasa orientalis -khususnya sejarawan-sejawaran Belanda seperti Van Leur dan Snouck Hugronje dalam menjungkir balikkan perjalanan sejarah Islam Indonesia-Melayu.
Al-Attas yang kini berusia 79 tahun, menulis "Keputusan akhir Van Leur laksana hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Islam ialah bahwa Islam itu tiada membawa apa-apa, perubahan asasi dan tiada pula membawa suatu tamaddun yang lebih luhur daripada apa yang sudah sedia ada. Bawaan pemikiran sarjana-sarjana Belanda dari dahulu memang sudah mengisaratkan kecenderungan ke arah mem-perkecil-kecilkan Islam dan peranannya dalam sejarah Kepulauan ini dan sudahpun nyata, misalnya dalam tulisan-tulisan Snouck Hugronje pada akhir abad yang lalu"
Apa yang dibawa Islam di taklah Melayu ini? Al Attas dengan cermat menguraikan "... kedatangan Islam di Kepulauan Melayu Indonesia harus kita lihat sebagai mencirikan zaman baru dalam persejarahannya, sebagai semboyan tegas membawa rasion-alisma dan pengetahuan akliah serta menegaskan suatu sistim masyarakat yang berdasarkan orang perseorangan, keadilan dan kemuliaan kepribadian insan."
Jadi Islam membawa peradaban yang tinggi, intelektualisme dan ketinggian budi insan di tanah Melayu. Prof al-Attas juga menunjukkan bukti bahwa dari tangan ulama-ulama Islam lahirlah budaya sastra, tulisan, falsafah, budaya buku dan lain-lain, yang tidak dibawa peradaban sebelumnya. Islam memang tidak meninggalkan kebudayaan patung/candi sebagaimana kebudayaan pra Islam, tetapi Islam mengembangkan budaya ilmu.
Kembali mengutip al-Attas "Salah satu kejadian baru yang terpenting mengenai kebudayaan, yang dengan secara langsung digerakkan oleh proses sejarah kebudayaan Islam adalah penyebaran bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bukan sahaja dalam kesusasteraan epik dan roman, akan tetapi lebih penting dalampembicaraan falsafah.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kesusasteraan falsafah Islam di kepulauan Melayu-lndonesia menambah serta meninggikan perbendaharaan katanya dan istilah-istilah khususnya dan merupakan salah satu faktor terutama yang menjun-jungnya ke peringkat bahasa sas-tera yang bersifat rasional, yang akhirnya berdaya serta sanggup menggulingkan kedaulatan bahasa Jawa sebagai bahasa sastera Melayu-lndonesia."
Syed Muhammad Naquib bin Ali bin Abdullah bin Muhsin al Attas, dilahirkan di Bogor, 5 September 1931. Sejak kecil memperoleh pendidikan Islam dari orangtuanya. Ia memulai pendidikan formalnya sekolah dasar di Johor, Malaysia. Karena adanya pendudukan Jepang di Semenanjung, ia kemudian pindah belajar ke Madrasah al Urwatul Wutsqa, Sukabumi Jawa Barat (1941-1945). Tahun 1946, ia kembali belajar di Johordi Bukit Zahrah School dan English College (1946-1951).
Al Attas menempuh sarjana mudanya di Universiti Malaya. Saat masih kuliah ia berhasil membuat buku Rangkaian Ribaiyat, yang dipublikasikan pertama kali oleh Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1959. Karya klasiknya yang kedua adalah Some Aspects of Sufism as Understood and Practical among the Malays. Ia kemudian melanjutkan studinya di McGill University. Berbeda dengan sejumlah alumni McGill yang mengikuti jejak orientalis, al Attas berhasil memahami pemikiran orientalis dan kemudian mengkritisinya dengan tajam dan akurat. Ia menyelesaikan masternya tahun 1962 dengan tesis Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh.
Setahun kemudian al Attas melanjutkan program doktoral-nya di School of Oriental and AfricanStudies, University of London. Di sana ia berinteraksi dengan Profesor AJ Arberry dan Dr Martin Lings. Ia menyelesaikan program doktoralnya (1965)dengan karyanya yang monumental dan klasik berjudul The Mysticism of Hamzah Fansuri. Prof al Attas telah menulis karya lebih dari 29 buku dan monograf dalam bahasa Inggris dan Melayu. Banyak buku-bukunya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing, yaitu Arab, Turki, Urdu, Malaysia, Indonesia, Albania, Persia, Prancis, Jerman, Rusia, Bosnia, Jepang, Hindi, Korea dan " Albania.
Tahun 1991 Prof al Attas merancang berdirinya ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization), satu model universitas Islam ideal di dunia Islam. Al-Attas adalah salah satu ilmuwan Muslim yang diakui reputasinya di dunia inter-nasional. Ia dikenal sangat kritis terhadap sekularisme. Bukunya, Islam and Secularism telah diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa.
Tahun 2002. The Cranlana Program Australia menerbitkan dua volume buku berjudul Powerful Ideas Perspectives on the Good Society (2002). Buku ini menghimpun gagasan pemikir-pemikir besar dalam sejarah umat manusia. Dalam buku ini, al-Attas merupakan satu-satunya ilmuwan Muslim yang diakui memiliki gagasan genuine dalam kajian kritisnya terhadap Barat. Gagasan al-Attas yang diambil adalah pemikirannya yang tertuang dalam sebuah tulisan berjudul "The Dewesternization of Knowledge". nui
BANGSA MELAYU TIDAK BERFIKIRAN BESAR (DB 2/99)  Oleh: Idris Zakaria (email Fudzail)


SAYA bersetuju dengan semangat Datuk Hassan Ahmad yang mendasari esei “Bicara Budaya”, Dewan Budaya Disember 1998. Namun, ada beberapa hal yang boleh dibahaskan. Makalah itu membuktikan bahawa bangsa yang bertamadun atau yang mahu mencapai tamadun yang tinggi perlu mewarisi tradisi atau tamadun yang telah dikembangkan oleh nenek moyang bangsa itu. Beliau mengambil contoh bangsa Cina yang menurutnya berjaya mewarisi dan mengekalkan warisan dan nilai falsafah hidup yang ditinggalkan oleh pemikir dan ahli falsafah mereka, seperti Kung Fu Tse (Konfucius) dan Meng Tse.   Untuk orang Melayu pula, penulis makalah menganjurkan petikan yang berikut:  “Jika orang Melayu mahu menjadi bangsa yang maju dan kekal di dunia yang penuh dengan persaingan global ini, mereka hendaklah berfikiran atau berjiwa besar berdasarkan tradisi yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu.”  
 Apabila dituruti tulisan itu dan memahami persoalannya, penulis berpendapat anjuran itu benar dari segi semangat, tetapi isi anjurannya tidak boleh dipertahankan. Yang boleh dikongsi ialah ajakan beliau terhadap sikap berfikiran atau berjiwa besar. Hal ini boleh dipersetujui. Tetapi “berdasarkan tradisi yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang sejak ratusan tahun dahulu” amatlah lemah dan sukar dipertahankan.   Bagaimanakah yang dikatakan fikiran dan jiwa besar itu? Datuk Hassan membuka semula lipatan sejarah dan pemikiran Melayu tradisi yang katanya dibentuk sejak zaman berzaman. “Melalui karya kesusasteraan tradisional Melayu, misalnya puisi tradisional Melayu (pantun, seloka, gurindam), peribadi Melayu, hikayat lipur lara dan karya agung Melayu seperti Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah, dan karya falsafah, teologi, metafizik, dan tasawuf yang dikarang di Aceh pada abad ke-17, kita akan melihat kebijaksanaan pemikir, seniman, dan sasterawan Melayu dahulu kala mencetuskan nilai pandangan hidup, falsafah, dan ilmu yang tinggi, yang pengaruhnya kekal dalam minda bangsa Melayu sepanjang zaman hingga hari ini.”  
 Sejauh manakah hal ini benar dan mampu membentuk fikiran dan jiwa besar bangsa Melayu?  Penulisan di atas terhasil apabila tibanya Islam di Nusantara. Inilah hakikat sejarah yang tidak boleh dinafikan. Prof. Syed Naquib al-Attas banyak bercakap tentang hal ini, terutama dalam bukunya Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, yang menjadi rujukan utama dalam konteks tamadun Melayu–Islam di Nusantara. Saya berpendapat bahawa ada teorinya yang betul, tetapi sikap ini tidak menyekat saya untuk mengatakan bahawa ada juga teorinya yang boleh dipersoalkan. Misalnya, dalam buku di atas (halaman 21), beliau menyebut:  “Kita dapati banyak risalah dan kitab tentang falsafah dan metafizika yang mengemukakan teori atau faham dan kenyataan yang berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengenalan berkenaan dengan ontologi, kosmologi, dan psikologi sebagaimana yang terdapat dalam tulisan ahli falsafah dan ilmu kalam golongan mutakallimin dan ahli mantiq dan seterusnya ahli falsafah Yunani seperti Plotinus, Aristotle, dan Plato.”   Jika kenyataan ini benar dan hal itu benar-benar wujud dalam kebudayaan
Melayu Nusantara, maka yang disebut oleh Datuk Hassan dalam eseinya itu benar juga. Tetapi kenyataan Naquib ada juga masalahnya.   Mari kita lihat bidang ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan kita dahulu. Di Samudera Pasai (1280–1400), terhasil beberapa buah karangan, umpamanya Maulana Abu Ishak menulis Dar al-Mazlum (Negeri yang Dizalimi?) kemudian timbul Hikayat Raja-raja Pasai. Di Melaka (1400 – 1511), timbul beberapa buah buku agama dan karya sastera jenis hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan Hikayat Iskandar Zulkarnain, yang dibaca untuk memulihkan semangat orang Melayu dalam usaha menentang Feringgi pada tahun 1511. Yang timbul juga ialah Sejarah Melayu. Di Aceh (1511– 1650), kita ditemukan dengan tokoh penulis,  pemikir, dan penyalin yang utama seperti Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, dan Bukhari al-Jauhari. Mereka menulis atau menyalin buku agama dan karya sastera. Hamzah Fansuri terkenal dengan ilmu tasawuf aliran Wujudiah. Yang lahir juga pada waktu ini ialah Bustan al-Salatin oleh al-Raniri dan Taj al-Balatin oleh Bukhari   al-Jauhari. Buku ini termasuk dalam kategori mirror literature seperti yang dibuat oleh Ibnu Maq affa’ di Asia Barat, iaitu penulisan yang menasihati pemerintah. Abdul Rauf Singkel, yang terkenal dengan karya agamanya, mengarang puisi Melayu yang bernama Syair Makrifat.  
 Nama tokoh dan nama buku yang dihasilkan itu merupakan bukti dan contoh. Namun, yang dapat dibahaskan ialah hasil falsafah warisan golongan mutakallimin, ahli mantiq, dan ahli falsafah Yunani. Umat Melayu di Nusantara terlalu asing daripada karya besar ahli falsafah termasyhur Greek mahupun Islam. Kita tidak pernah mendengar  tokoh Melayu dahulu abad ke-15, ke-16, dan ke-17, umpamanya, membaca dan berbincang tentang The Enneads oleh Plotinus, The Republic atau The Laws oleh Plato, atau De Anima, The Athenian Constitution, atau Politics oleh Aristotle.   Demikianlah halnya jika dirujuk tradisi ilmuwan Islam pada abad pertengahan. Karya falsafah politik al-Farabi seperti al-Madinat al-Fadilah dan al-Siyasat al-Madaniyah atau Ibnu Sina seperti al-Syifa’ dan Isyarat wa al-Tanbihat tidak kelihatan di sini. Kita juga tidak pernah mendengar ulama dan cendekiawan Melayu zaman itu membaca buku astronomi, perubatan, kimia, fizik matematik, geografi, algebra, optik, dan sebagainya yang dihasilkan oleh tokoh besar Islam zaman Abbasiyah pada abad pertengahan, seperti Muhammad al-Battani, al-Razi Ibnu al-Haitham, al-Khawarizmi, dan al-Biruni Miskawayh.  
 Dari Sepanyol pula, warisan besar yang berharga, misalnya Ibnu Rusyd yang sangat mahir tentang falsafah Greek terutamanya Aristotle, adalah lanjutan penting daripada al-Farabi dan Ibnu Sina. Kita tidak menemui karyanya, seperti Talkis dan Tahafut al-Tahafut, dibaca di Nusantara. Demikian juga tulisan Ibnu Bajja seperti Tadbir al-Mutawahhid dan Ibnu Tufail dengan Hayy bin Yuqzan.  
 Ibnu Khaldun, terkenal dengan Muqaddimah. Kitab yang membincangkan sejarah, masyarakat, politik, dan negara ini merupakan jilid pertama daripada kitab al-Ibar. Kitab yang sangat tinggi kualiti ilmu ini tidak dibaca dan dibahas di Nusantara dahulu. Generasi sekarang terkial-kial membelek bahan besar ini walaupun kini ada bahan itu di sekeliling kita.   Persoalannya, anjuran Datuk Hassan supaya kembali semula kepada tradisi moyang kita yang disifatkannya sebagai besar untuk menjana tamadun Melayu baru sebenarnya tidak sampai di mana-mana kerana bangsa Melayu tidak mewarisi pemikiran besar seperti pemikir yang disebutkan di atas. Yang ada hanya warisan fikah, tauhid, dan sufi (tasawuf) yang dicampurkan dengan karya kesusasteraan tradisional Melayu dan warisan sastera berunsur Hindu. Inilah sahaja senario berfikir yang dijiwai oleh cendekiawan Melayu dahulu.  
 Datuk Hassan menekankan bahasa, yakni bahasa Melayu. Kita boleh bersetuju, tetapi bahasa tabiatnya atau tempat berfungsinya adalah sebagai alat, alat percakapan dan komunikasi, bukan “isi”. Isilah yang lebih besar maknanya daripada alat. Bahasa hanya alat untuk menyampaikan isi. Bahasa penting, tetapi isi nampaknya lebih mustahak. Kalau bahasa sahaja indah dan baik, isinya hanya soal rendahan, tidak ada makna juga dalam pembangunan bangsa.   Yang menjadi sebab terjadinya hal yang demikian adalah kerana citra Islam yang tiba di Nusantara dahulu citra Islam yang sudah lemah, yang sudah mundur sejak “lubuk”nya lagi, iaitu di Asia Barat. Di sana pada waktu itu, sejarah memperlihatkan bahawa tradisi intelektual besar yang disebutkan di atas telah tiada lagi. “Umbi” ilmu, iaitu falsafah, diserang oleh pelbagai pihak, termasuk Imam al-Ghazali. Falsafah dianggap oleh pelbagai pihak sebagai sesat dan menyesatkan. Maka falsafah dan ilmu lain yang disebut di atas menghadapi zaman kejatuhan. Warisan jatuh inilah yang tiba di Nusantara.  
 Oleh sebab realiti sejarah itu, tidak hairanlah jika warisan intelektual besar abad pertengahan tidak ada di Nusantara. Kita tidak boleh terlalu gembira mengatakan bahawa dengan datangnya Islam, tahap rasionalisme dan intelektualisme berkembang dan mengangkat martabat bangsa Melayu dengan tinggi. Dakwaan ini sangatlah terhad kebenarannya, iaitu sekitar peralihan kepercayaan agama Hindu-Buddha kepada Islam dan daripada sastera dan cerita dongeng kepada yang lebih bererti. Tidak lebih daripada itu. Moyang kita tidak meninggalkan peradaban besar dan luas.  
 Cerita dongeng, hikayat, dan huraian sejarah dahulu isi pengajiannya bersifat penceritaan, tidak meniupkan dasar perjuangan ilmu yang besar, malah terlalu banyak mengandungi unsur yang tidak sihat yang bertentangan pula dengan falsafah Islam.  
 Untuk menjana tamadun bangsa Melayu, yang perlu dilihat ialah pendedahan kepada fikiran besar daripada karya besar falsafah dan aneka ilmu yang telah disebutkan di atas. Inilah yang diambil oleh Barat daripada warisan Islam abad pertengahan dahulu yang berjaya mencetuskan renaissance mereka. Kita bangsa Melayu jangan hanya bergantung pada karya bidang fikah, tauhid, tasawuf, dan karya kesusasteraan yang hanya menggarap aspek keinsanan,  kemanusiaan, dan hubungan kemanusiaan dengan ketuhanan, dan tidak cukup besar, tidak cukup luas. Rujuklah kepada peradaban besar falsafah dan ahli fikir Islam dalam aneka bidang ilmu pada abad pertengahan untuk membina tamadun kita.  
 Salah satu kebaikan menimba ilmu pengetahuan daripada mereka, selain besar dan luas bidangnya, ialah warisan ilmiah mereka menampilkan sifat ilmu yang bersepadu, yakni kesepaduan antara tiga unsur pokok yang penting, iaitu Allah, manusia, dan alam. Dalam apa-apa sahaja bidang ilmu yang digarap, mereka mengolah teori berdasarkan tiga dimensi ini. Pengetahuan moden kita kini telah bercerai dari “ibu ilmu”, iaitu falsafah, dan berpisah daripada Tuhan, justeru pengaruh sekularisme. Mana mungkin kita berfikiran besar dalam keadaan ilmu yang sudah bersifat runcit-runcitan dan kecil-kecilan. Hanya bangsa yang berfikiran besar sahaja yang mampu merobah sejarah.